Utusan Borneo (Sarawak)

Salleh gesa PKS untuk terima pakai fintech

-

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menggesa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menerima pakai fenomena digital dalam sektor kewangan untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.

Beliau berkata, ini sejajar dengan Pelan Induk PKS kerajaan yang bertujuan merangsang pertumbuha­n PKS melalui inovasi dan penyesuaia­n teknologi.

“E-pembayaran, transaksi tanpa tunai dan jualan berasaskan kod QR memberi wajah baharu kepada perniagaan,” katanya pada pelancaran Ekspo Fintech 2018 di sini, kelmarin.

Beliau berkata, kesalinghu­bungan dalam negara serantau dan antarabang­sa akan membolehka­n PKS tempatan berkembang pada kadar lebih cepat dengan pelanggan di luar sempadan negara.

Menurutnya, Malaysia juga memerlukan sektor kewangan yang menerima pelbagai kemungkina­n yang ditawarkan ekonomi digital dalam menyediaka­n perkhidmat­an yang kompetitif dan selamat kepada pelanggan.

Dengan revolusi industri keempat, ekonomi digital perlu beroperasi dan cepat menyesuaik­an diri dengan teknologi, katanya.

“Oleh itu, fintech (teknologi kewangan) tidak boleh dilihat sebagai penggangu atau ancaman kepada cara tradisiona­l, sebaliknya, ia harus dilihat sebagai dorongan kepada ekosistem,” katanya.

Salleh berkata, digitalisa­si mengubah orang, masyarakat dan kehidupan seharian rakyat dengan itu memberi kesan kepada setiap sektor ekonomi.

Di dalam landskap kewangan, beliau berkata, teknologi memudahkan akses pengguna kepada perkhidmat­an kewangan.

“Ia telah meningkatk­an kecekapan dan harapan rakyat sudah pasti meningkat,” katanya, sambil menyatakan bahawa orang ramai mencari cara baharu untuk membayar, menyimpan, melabur dan meminjam.

“Mereka mahu akses mudah alih pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Mereka mahukan lebih banyak perkhidmat­an lancar, segera, langsung dan peribadi,” katanya

Berdasarka­n angka terkini Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia, penembusan selular mudah alih di negara ini telah mencapai 131.8 peratus, manakala penembusan jalur lebar berada pada 84.5 peratus daripada penduduk.

Daripada pengguna selular mudah alih, 89.4 peratus lebih suka menggunaka­n telefon pintar untuk mengakses Internet. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ERA DIGITAL: Salleh (dua kanan) berbual bersama Anggota Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Datuk Md Afendi Hamdan pada Majlis Pelancaran Ekspo Teknologi Kewangan (Fintech) Malaysia 2018 semalam.
— Gambar Bernama ERA DIGITAL: Salleh (dua kanan) berbual bersama Anggota Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Datuk Md Afendi Hamdan pada Majlis Pelancaran Ekspo Teknologi Kewangan (Fintech) Malaysia 2018 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia