Utusan Borneo (Sarawak)

SENTUHAN RAKYAT UPP DI KAMPUNG SENTOSA DISAMBUT BAIK •

- Oleh Florence Nervyn

PROGRAM Sentuhan Rakyat Parti Rakyat Bersatu (UPP) untuk memberi manfaat kepada kumpulan berpendapa­tan rendah di Kampung Sentosa dekat Sibu, baru-baru ini telah menerima sambutan yang baik.

Pengerusi Lembaga Perkhidmat­an Komuniti UPP Dato Andrew Wong berkata, usaha ini dilakukan dengan mengedarka­n risalah dari rumah ke rumah melibatkan kira-kira 1,500 rumah di skim penempatan semula itu bagi memastikan mereka tidak terlepas program tersebut.

“Ia mengambil masa tiga hari untuk kami mengedarka­n risalah memaklumka­n mereka mengenai program pada hari ini,” jelasnya ketika ditemui pemberita pada Program Sentuhan Rakyat UPP di Kampung Sentosa di Sibu, baru-baru ini.

Program yang bermula jam 9 pagi hingga tengah hari itu dianjurkan cawangan Bukit Assek.

“Kami menumpukan perhatian kepada kawasan penempatan semula seperti di Kampung Sentosa untuk program kali ini dan kami juga akan melakukan program yang sama di Kampung Bahagia Jaya Teku pada bulan ini.

“Apa yang kami dapati ialah berbanding dua program lain sebelum ini seperti Jualan Sentuhan Rakyat, mereka (pen- ganjur) melakukann­ya di kawasan bandar dan ramai di kawasan penempatan semula yang kami temui memberitah­u mereka terlepas kedua-dua program,” jelasnya.

“Jadi, kami (UPP) memutuskan untuk datang ke kawasan penempatan semula untuk melakukan program ini.

“Kami melakukan pengedaran risalah dari rumah ke rumah, itulah sebabnya ramai yang hadir pada program hari ini,” ujarnya.

Hadir sama pengerusi penganjur Andrew Ting Kee Nguan dan Pengerusi UPP Bukit Assek Kapitan Ting Chek Ming.

Untuk tujuan itu, Wong percaya ramai penduduk di kawasan penempatan semula memerlukan program terbabit berbanding dengan mereka yang tinggal di kawasan bandar.

“Dan kemudian, saya dapati beberapa perkara seperti harga barangan keperluan yang lebih murah RM1 atau RM1.50 dalam program sebelumnya. Saya rasa dengan cara ini mungkin tidak dapat membantu terlalu banyak.

“Itulah sebabnya kami (UPP) berada di sini untuk memberi barangan keperluan harian secara percuma kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Sementara itu, Ting memberitah­u, pihaknya telah menerima permintaan daripada penduduk di kampung untuk menyerahka­n bantuan kepada golongan memerlukan.

“Kami menghubung­i ketua Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) fasa 1 dan 2 untuk mengetahui keperluan orang di sini dan menurut mereka, kebanyakan penduduk di kampung ini adalah golongan berpendapa­tan rendah.

“Justeru kami berharap bantuan hari ini sedikit sebanyak dapat meringanka­n beban kewangan mereka,” jelasnya.

Ting berkata, mereka turut menyediaka­n perkhidmat­an percuma seperti pemeriksaa­n tekanan darah dan pemeriksaa­n kesihatan mata, kaunter semakan status daftar pemilih.

Turut diadakan kaunter pendaftara­n keahlian baharu untuk UPP cawangan Bukit Assek.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? TURUN PADANG: (Dari kiri) Wong, Kapitan Ting dan Ting (kanan) merakam kenangan pada Program Sentuhan Rakyat di Kampung Sentosa.
TURUN PADANG: (Dari kiri) Wong, Kapitan Ting dan Ting (kanan) merakam kenangan pada Program Sentuhan Rakyat di Kampung Sentosa.
 ??  ?? RINGANKAN BEBAN: Wong (kiri) dan Ting (kanan) merakam kenangan bersama penduduk Kampung Sentosa pada Program Sentuhan Rakyat.
RINGANKAN BEBAN: Wong (kiri) dan Ting (kanan) merakam kenangan bersama penduduk Kampung Sentosa pada Program Sentuhan Rakyat.
 ??  ?? PERCUMA: Orang ramai hadir tidak melepaskan peluang menjalani pemeriksaa­n mata.
PERCUMA: Orang ramai hadir tidak melepaskan peluang menjalani pemeriksaa­n mata.
 ??  ?? KEMUKA MASALAH: Ting (kiri) mendengar aduan rakyat di Kampung Sentosa.
KEMUKA MASALAH: Ting (kiri) mendengar aduan rakyat di Kampung Sentosa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia