Utusan Borneo (Sarawak)

TERUJA BURU TIGA LAGI MATA PENUH •

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Skuad B Sarawak berazam untuk meneruskan rentak cemerlang dalam kempen Piala Presiden apabila menjadi tetamu PKNS FC dalam aksi peringkat Kumpulan B petang ini.

Selepas mencatat dua kemenangan berturut-turut, anak didik Abdul Wahet Uji kian teruja untuk memburu tiga lagi mata penuh dan berhasrat untuk menjadikan PKNS FC mangsa seterusnya.

“Pemain berada dalam ‘mood’ terbaik untuk menghadapi perlawanan ini selepas dua kemenangan berturut-turut kita kecapi sebelum ini.

“Semua pemain utama boleh diturunkan dan ini memberi kita suntikan semangat untuk membenam PKNS FC,” jelas Penolong Pengurus, Abang Fomay Abang Sa’adeli semalam.

Menurut Fomay, berdasarka­n kedudukan semasa Kumpulan B, peluang Sarawak untuk menang dalam perlawanan itu amat cerah memandangk­an pasukan lawan belum mencatat sebarang kemenangan.

Ketika ini, Sarawak men-

Pemain berada dalam ‘mood’ terbaik untuk menghadapi perlawanan ini selepas dua kemenangan berturut- turut kita kecapi sebelum ini. Abang Fomay Abang Sa’adeli Penolong Pengurus

ghuni tangga keempat dengan kutipan enam mata dan kemenangan petang ini akan mengukuhka­n mereka dalam kelompok tiga pencabar teratas.

“Saya amat yakin pemain kita mampu menjinakka­n PKNS FC. Cuma pesan saya agar pemain tidak terlalu yakin.

“Kekalkan fokus sepanjang permainan dan jangan leka kerana pasukan lawan tetap mempunyai kelebihan di laman sendiri.

“Seperkara lagi, elak melakukan kesilapan mudah yang boleh merencatka­n pel- uang kita mengutip kemenangan,” tegas Fomay lagi. Perlawanan kedua pasukan akan bermula pada jam 4.45 petang di Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? BERSEMANGA­T: Sarawak tidak sabar untuk melakar kejutan ke atas PKNS FC petang ini.
BERSEMANGA­T: Sarawak tidak sabar untuk melakar kejutan ke atas PKNS FC petang ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia