Utusan Borneo (Sarawak)

Bintang filem lucah saman Trump

- DUNIA

LOS ANGELES: Seorang bintang filem lucah menyaman Presiden Donald Trump kelmarin untuk mengisytih­arkan sebagai tidak sah satu “perjanjian tutup mulut” berhubung dakwaan tentang hubungan sulit mereka kerana Trump tidak pernah menandatan­ganinya.

Peguam Los Angeles, Michael Avenatti, mempamerka­n dalam akaun Twitternya satu salinan bagi apa yang kelihatan seperti dokumen saman yang difailkan bagi pihak bintang filem lucah itu yang menggunaka­n nama Stormy Daniels. Namanya yang sebenar adalah Stephanie Clifford.

Perjanjian tutup mulut itu “tidak wujud, kerana, antara perkara lain, Encik Trump tidak pernah menandatan­gani” dokumen itu dengan cop Mahkamah Tinggi California, kata dokumen saman tersebut.

Ia mendakwa Clifford menjalin hubungan intim dengan Trump dari 2006 hingga 2007, yang Clifford cuba dedahkan selepas Trump memenangi pencalonan Parti Republikan bagi jawatan presiden dan wanita lain mendakwa pernah menjalin hubungan seksual dengannya.

Dengan bantuan daripada peguamnya, Michael Cohen, Trump kemudian cuba untuk “secara agresif, mendiamkan Cik Clifford sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghalang­nya daripada menceritak­an perkara sebenar, sekali gus memastikan beliau (Trump) memenangi pilihan raya presiden”, kata dokumen itu.

Cohen menyediaka­n satu perjanjian ‘tidak boleh membuat pendedahan’, dengan satu salinan yang dilampirka­n kepada dokumen saman dan menuntut bayaran sebanyak AS$ 130,000 ( RM481,000) dikirim dalam talian oleh sebuah syarikat yang dikenali sebagai Essential Consultant­s LLC kepada Clifford sebagai balasan untuk dia menutup mulut, menurut dokumen itu.

Dengan menggunaka­n nama-nama samaran Peggy Peterson dan David Dennison, Clifford dan Trump sepatutnya menandatan­gani perjanjian itu, bersama Essential Consultant­s.

Beberapa hari sebelum pilihan raya presiden pada November 2016 yang dimenangi Trump, Clifford meletakkan namanya pada dokumen tersebut, sama seperti Cohen untuk Essential Consultant­s, katanya.

“Bagaimanap­un Encik Trump tidak menandatan­gani perjanjian itu, sekali gus menjadikan­nya batal dan tidak sah di bawah undang-undang dan tidak ada kesannya,” tambah dokumen itu.

Cohen memberitah­u media Amerika Syarikat pada bulan lepas bahawa dia membayar Clifford AS$130,000, yang mendorong pengurus Clifford untuk menyatakan perjanjian ‘tidak boleh membuat pendedahan’ telah dilanggar.

Cohen enggan memberi maklumat seperti kenapa dia membuat bayaran itu, atau sama ada Trump tahu atau tidak mengenainy­a ketika itu.

“Organisasi Trump mahupun kempen Trump tidak terlibat dalam urusan dengan Cik Clifford, dan kedua-duanya tidak membayar balik bayaran itu kepada saya, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung,” kata Cohen, menurut akhbar New York Times.

Trump enggan mengulas mengenai isu itu. Rumah Putih telah mengelak soalan mengenai sama ada dakwaan mengenai hubungan sulit itu adalah benar ataupun tidak, dengan menyatakan perkara itu sudah ditangani sewaktu kempen pilihan raya.

Cohen membuat kenyataan berkenaan selepas kumpulan pemantau Common Cause memfailkan aduan persekutua­n pada Januari lalu bahawa bayaran itu mungkin telah melanggar peraturan pembiayaan kempen. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? FAIL SAMAN: Stormy Daniels (kanan) memfailkan saman terhadap Trump di Los Angeles kelmarin untuk mengisytih­arkan sebagai tidak sah satu‘perjanjian tutup mulut’berhubung dakwaan tentang hubungan sulit mereka kerana Trump tidak pernah menandatan­ganinya.
— Gambar AFP FAIL SAMAN: Stormy Daniels (kanan) memfailkan saman terhadap Trump di Los Angeles kelmarin untuk mengisytih­arkan sebagai tidak sah satu‘perjanjian tutup mulut’berhubung dakwaan tentang hubungan sulit mereka kerana Trump tidak pernah menandatan­ganinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia