Utusan Borneo (Sarawak)

UPSR 2017: Dalat terbaik di Sarawak

- TEMPATAN

MUKAH: Daerah Dalat mencatat keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) terbaik dalam tempoh 13 tahun untuk 2017.

Namun lebih membanggak­an, menurut Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Datuk Sri Fatimah Abdulllah, pencapaian itu juga adalah yang terbaik bagi seluruh Sarawak.

“Keputusan dan pencapaian ini adalah sesuatu yang membanggak­an semua warga Dalat terutamany­a Pendidikan Daerah Dalat, sekolah-sekolah, guru-guru, pelajar, ibu bapa serta masyarakat secara keseluruha­nnya,” katanya semasa merasmikan Ekspo Pendidikan dan Kerjaya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Oya semalam.

Menurutnya, keputusan itu bukan sahaja berdasarka­n peningkata­n keputusan sekolah kebangsaan, malah merangkumi sekolah jenis kebangsaan.

Ini katanya, sedikit sebanyak adalah usaha pihak-pihak berkaitan untuk terus memberikan penekanan kepada pendidikan di peringkat rendah.

“Setelah ini, jika pelajar ke peringkat menengah akan lebih mudah untuk mencapai kejayaan,” jelasnya.

Bukan sahaja keputusan UPSR, malah keputusan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) turut mencatat kenaikan dan SMK Oya secara keseluruha­nnya mendapat tempat ke-24 terbaik dalam kalangan sekolah-sekolah seluruh Sarawak.

Fatimah pada masa sama menasihati semua pihak agar mengekalka­n momentum untuk masa depan anak-anak untuk lebih berjaya dalam segenap lapangan tidak mengira akademik, sahsiah diri serta kokurikulu­m.

Beliau turut berikrar akan terus menyuntik dana dan bantuan agar usaha ke arah itu lebih mudah dicapai dan tidak mengalami kekangan.

Pada majlis sama, Fatimah turut menyerahka­n Geran Projek Kecil (MRP) kepada pihak sekolah dan juga insentif kepada pelajar yang mencapai kejayaan sekitar 2017.

Mengenai ekspo, ia adalah salah satu usaha untuk memperkena­lkan pelajar lepasan STPM dan SPM dengan kaedah pengisian borang secara dalam talian serta khidmat nasihat mengenai kesesuaian bidang yang patut diambil setelah itu.

Sebanyak 34 agensi daripada pelbagai institusi di seluruh Sarawak mangambil bahagian dalam ekspo berkenaan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? CEMERLANG: Fatimah ketika menyerahka­n ganjaran insentif kepada salah seorang pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) di Daerah Dalat pada majlis berkenaan.
CEMERLANG: Fatimah ketika menyerahka­n ganjaran insentif kepada salah seorang pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) di Daerah Dalat pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia