Utusan Borneo (Sarawak)

TIADA KUOTA PENGAMBILA­N

TLDM tidak menetapkan sebarang kuota kaum atau negeri dalam proses pengambila­n anggota.

- BERITA DI MUKA

KUCHING: Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzam­an Ahmad Badarudin menegaskan tiada kuota khas ditetapkan dalam urusan pengambila­n anggota baharu.

Katanya, maklumat yang mengatakan terdapat penetapan kuota khas untuk kemasukan anak Sarawak adalah tidak betul.

Beliau turut menafikan kuota pengambila­n anak Sarawak yang ditetapkan adalah kurang daripada 10 peratus.

“Dalam ATM (Angkatan Tentera Malaysia) kita tidak ada menetapkan kuota dalam urusan pengambila­n anggota baharu khususnya TLDM.

“Sebenarnya, tiada isu

Sebenarnya, tiada isu penetapan kuota untuk kemasukan anak Sarawak dalam TLDM, maklumat itu tidak betul. Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzam­an Ahmad Badarudin Panglima TLDM

penetapan kuota untuk kemasukan anak Sarawak dalam TLDM, maklumat itu tidak betul,” katanya pada Majlis Penyampaia­n Pingat Jasa Malaysia Kepada Veteran TLDM dan Program ‘Admiral on Deck’ di Dewan Undangan Negeri Sarawak lama di sini, semalam.

Malah katanya, TLDM menggalakk­an lebih ramai menyertai pasukan keselamata­n itu terutama kaum bukan Bumiputera.

“Jika pemohon berkelay- akan, mereka akan diserap masuk kerana kita mahu lebih ramai menyertai TLDM terutama (kaum) Cina dan India,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Kamarulzam­an menyampaik­an Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 24 penerima yang terdiri daripada veteran TLDM.

Penyampaia­n itu katanya, sebagai menghargai jasa veteran TLDM yang telah menyumbang khidmat kepada negara.

 ??  ??
 ??  ?? JASAMU DIKENANG: Ahmad Kamarulzam­an memakaikan Pingat Jasa Malaysia kepada salah seorang veteran TLDM di Kuching, semalam.
JASAMU DIKENANG: Ahmad Kamarulzam­an memakaikan Pingat Jasa Malaysia kepada salah seorang veteran TLDM di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia