Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki melecur terkena air panas radiator kereta

-

KUCHING: Seorang lelaki berusia 20 tahun mengalami kelecuran serius pada bahagian bawah badannya ketika dia cuba membuka penutup sebuah radiator kereta yang terlalu panas di sebuah bengkel di Batu 9, Jalan Penrissen, kelmarin.

Dalam insiden yang berlaku sekitar jam 5 petang itu, mangsa yang bekerja sebagai mekanik hendak memeriksa masalah sebuah kereta yang dibawa ke bengkel, tetapi ketika dia mengangkat tuil dan melonggark­an penutup radiator, air panas dari radiator mula memancut.

Ambulans dipanggil ke tempat kejadian tetapi melihat keadaan lalu lintas yang begitu sesak, mangsa yang tidak dapat menahan kesakitan telah memandu sendiri ke Batu 7 dan menunggu di perhentian bas dan meminta ambulans mengambiln­ya di lokasi tersebut.

Mangsa, yang dibawa oleh ambulans ke Hospital Umum Sarawak ( HUS), dimasukkan ke dalam unit kelecuran.

Dalam kejadian berasingan, seorang penunggang motosikal berusia 71 tahun cedera parah selepas motosikal yang ditunggang­inya terbabas dan terjatuh ke dalam parit dekat Kolong 2, Matang kelmarin.

Dalam insiden yang berlaku jam 11 malam itu, mangsa dari Spaoh sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Matang apabila dia tidak dapat mengawal motosikaln­ya dan terbabas.

Pengguna jalan raya yang lalu- lalang dan menyaksika­n insiden itu membantu mangsa dan menghubung­i ambulans.

Warga emas terbabit dikejarkan ke hospital dan ditempatka­n dalam Zon Merah Unit Kecemasan HUS untuk diberi rawatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia