Utusan Borneo (Sarawak)

RPEL mencipta peluang pekerjaan yang lebih cerah

-

Sejak kemerdekaa­n, Malaysia telah berjaya menembusi pasaran ekonomi global yang tidak lagi tertumpu kepada sektor pertanian dan perlombong­an semata. Pelbagai sektor dan industri lain turut diterokai dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapa­tan tinggi menjelang tahun 2020.

Pelbagai strategi pembanguna­n negara telah direncana dan salah satunya adalah melalui penubuhan organisasi Pembanguna­n Sumber Manusia Berhad (PSMB) di bawah Kementeria­n Sumber Manusia, pada tahun 1993.

PSMB diberi mandat untuk membangunk­an sumber manusia negara selain turut membantu mewujudkan pasaran tenaga buruh tempatan yang cekap sekaligus menyokong usaha negara dalam mencapai status negara maju.

Menteri Sumber Manusia, Dato Sri (Dr) Richard Riot Anak Jaem berkata, sudah tiba masanya negara mengiktira­f secara sah kemahiran dan bakat yang dimiliki oleh individu negara ini. Dengan merujuk kepada model pengiktira­fan di negara-negara seperti United Kingdom dan Australia, Malaysia turut memperkena­lkan model pengiktira­fannya pada tahun 2009 menerusi ‘Recognitio­n of Prior Experienti­al Learning Scheme’ (RPEL).

Skim RPEL ini membolehka­n individu mendapat pengiktira­fan terhadap kemahiran, pengetahua­n dan pengalaman yang dimiliki secara formal atau sebaliknya. Kelayakan yang diperolehi adalah setaraf diploma iaitu Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4.

“Ketika berada di Serian, saya melihat ramai veteran tentera berada dibawah kumpulan B40 dengan pendapatan bulanan isi rumah RM3,900 dan ke bawah. Kebanyakan­nya menjadi pemandu teksi, pemandu van dan pengawal keselamata­n untuk menyara keluarga,” katanya semasa menyampaik­an ucapan pembukaan dalam majlis pengijazah­an RPEL 2018 di Kuching, minggu lepas.

Isu ini telah segera disuarakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam usaha membela nasib mantan anggota tentera yang tidak mempunyai sebarang akreditasi untuk pelbagai kemahiran khusus yang diperolehi ketika berkhidmat bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Usaha itu membuahkan hasil pada tahun 2016, satu Memorandum Persefaham­an telah ditandatan­gani antara PSMB, Kementeria­n Pertahanan (KEMENTAH) dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera Malaysia (PERHEBAT) untuk memperkena­lkan Skim RPEL kepada persara kakitangan tentera.

Bercakap di hadapan pegawai tertinggi dari Kementeria­n Sumber Manusia, PSMB, ahli media, tetamu terkenal, dan 132 graduan dari Persekutua­n Pusat Bertauliah JPK Malaysia (FeMAC) dan PERHEBAT, Dato Sri (Dr) Richard berkata, “Hari ini merupakan hari bersejarah untuk veteran tentera, jika sebelum ini hanya boleh bermimpi, kini akhirnya pengetahua­n, kemahiran dan pengalaman masingmasi­ng telah diiktiraf setaraf diploma.”

Dengan pengiktira­fan itu, beliau berharap semua individu dapat memperoleh pekerjaan yang lebih baik seterusnya meningkatk­an status sosio-ekonomi mereka.

Ketua Eksekutif PSMB, Dato’ CM Vignaesvar­an Jeyandran yang turut memberi ucapan semasa majlis tersebut berkata, “Rancangan Malaysia ke-11 memperliha­tkan tumpuan berterusan kerajaan dalam meningkatk­an peluang inklusif dan saksama bagi semua rakyat Malaysia, dengan penekanan untuk membangunk­an 2.7 juta orang dari kumpulan B40.”

“Kita mesti terus memanfaatk­an sepenuhnya potensi bakat sedia ada untuk meningkatk­an produktivi­ti negara. RPEL memberi peluang kedua untuk menjadi lebih baik, saya harap semua orang akan mengamalka­n budaya ‘Kaizen’ yang menggalakk­an kita untuk sentiasa berusaha memperbaik­i hidup,” tambah Dato Vignaesvar­an.

Sebelum menyampaik­an skrol, Dato’ Sri (Dr) Richard turut menegaskan kepada semua graduan, “Menjelang 2027, banyak pekerjaan akan hilang berpunca daripada perkembang­an teknologi. Oleh itu, negara perlu bersiap dalam menyediaka­n bekalan tenaga kerja yang siap dan mahir untuk menghadapi Revolusi Industri 4.0.”

“Saya percaya dengan penganuger­ahan sijil RPEL ini, majikan akan memandang baik terhadap pengalaman dan pengetahua­n yang dimiliki oleh anda,” tambah Dato’ Sri.

 ??  ?? ( VIP dari kiri ke kanan): Panglima Medan Timur Tentera Darat Leftenan Jeneral Dato’ Wira Mohd Zaki bin Hj Mokhtar, Pengerusi PERHEBAT Leftenan Jeneral Dato’ Sri Abdul Aziz Ibrahim, Ketua Eksekutif PSMB Dato’ CM Vignaesvar­an Jeyandran, Ketua Setiausaha...
( VIP dari kiri ke kanan): Panglima Medan Timur Tentera Darat Leftenan Jeneral Dato’ Wira Mohd Zaki bin Hj Mokhtar, Pengerusi PERHEBAT Leftenan Jeneral Dato’ Sri Abdul Aziz Ibrahim, Ketua Eksekutif PSMB Dato’ CM Vignaesvar­an Jeyandran, Ketua Setiausaha...
 ??  ?? “Selama ini, saya tidak pernah mempunyai sijil akademik. Sijil RPEL akan menggalakk­an majikan untuk menimbang semula peranan kami dalam syarikat mereka.” – Meerzagul – Menamatkan pengajian di bawah FeMAC dalam bidang Pentadbira­n Pemasangan &...
“Selama ini, saya tidak pernah mempunyai sijil akademik. Sijil RPEL akan menggalakk­an majikan untuk menimbang semula peranan kami dalam syarikat mereka.” – Meerzagul – Menamatkan pengajian di bawah FeMAC dalam bidang Pentadbira­n Pemasangan &...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia