Utusan Borneo (Sarawak)

Saau Kakok dilantik Ketua Pegawai Eksekutif PETROS

Berusia 64 tahun dan berbangsa Bidayuh, beliau berpengala­man luas dalam penerokaan minyak dan gas seluruh dunia

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Bekas naib presiden projek khas untuk Asia di sebuah syarikat minyak berpangkal­an di Amerika Syarikat, Saau Kakok dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petroleum Sarawak Berhad (PETROS).

Saau, 64, berbangsa Bidayuh, mempunyai pengalaman luas dalam aktiviti penerokaan huluan industri minyak dan gas di seluruh dunia.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang mengumumka­n perkara itu berkata, PETROS bernasib baik kerana ada individu berpengala­man serta berbakat seperti Saau.

“Saya dengan ini gembira memperkena­lkan bahawa Saau Kakok secara rasminya merupakan CEO baharu PETROS.

“Beliau(Saau) menghabisk­an hampir 40 tahun kerjayanya dalam industri minyak dan gas. Saya yakin Saau adalah individu tepat untuk memimpin PETROS ke hadapan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian berucap menyempurn­akan pelancaran PETROS yang dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Pengerusi PETROS, Tan Sri Datuk Amar Hamid Bugo serta menteri-menteri kabinet lain di sini, malam kelmarin.

Abang Johari berkata, beliau yakin pengalaman Saau juga akan menambah nilai kerjaya anak muda berbakat di Sarawak, selain menjadikan PETROS sebagai landasan terbaik untuk bekerja.

Katanya, seperti yang dinyatakan sebelum ini, rakyat Sarawak mempunyai bakat yang baik dengan pengalaman serta kepakaran dalam industri minyak dan gas.

“Penglibata­n mereka akan terus ditingkatk­an dengan penyertaan dalam kontrak dan perkhidmat­an yang ditawarkan oleh PETROS.

“Kerajaan negeri akan mengeluark­an garis panduan kepada PETROS untuk memastikan penyertaan lebih besar dan lebih bermakna oleh syarikat Sarawak dalam sektor ini,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai jawatan dalam PETROS katanya, bulan lepas beliau melantik Lembaga Pengarah pertama PETROS sementara awal tahun ini, Datin Josephine Hilary Dom dilantik sebagai ahli lembaga tambahan.

Ahli Lembaga Pengarah PETROS lain ialah Ketua Pegawai Eksekutif Bintulu Port Holdings Datuk Mohammad Medan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy Berhad Sharbini Suhaili, bekas Pengarah Urusan Shell Gas Malaysia Heng Hock Cheng dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Sarawak Datu Zuraimi Sabki.

PETROS akan menerajui penyertaan Sarawak dalam sektor minyak dan gas yang dianggap sebagai kepentinga­n strategik dalam objektif pembanguna­n sosioekono­mi negeri ini.

Abang Johari berkata, PETROS akan diberikan hak untuk melombong minyak dan gas asli di negeri ini dan menjadi pemain penting dalam industri huluan minyak dan gas.

“Pada permulaann­ya, lesen berkenaan dikeluarka­n dan akan diserahkan kepada PETROS pada majlis ini.

“Memandangk­an peranan penting PETROS dalam sektor minyak dan gas Sarawak, saya percaya adalah penting bagi PETROS untuk menjadi kuat, berkesan dan cekap dalam melaksanak­an peranan mandatnya,” katanya.

Beliau (Saau) menghabisk­an hampir 40 tahun kerjayanya dalam industri minyak dan gas. Saya yakin Saau adalah individu tepat untuk memimpin PETROS ke hadapan. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

 ??  ?? LESEN PERTAMA: Abang Johari menyerahka­n sijil lesen melombong minyak dan gas asli di Sarawak kepada Hamid (tiga kanan) yang mewakili PETROS sambil disaksikan Uggah (dua kanan) serta yang lain.
LESEN PERTAMA: Abang Johari menyerahka­n sijil lesen melombong minyak dan gas asli di Sarawak kepada Hamid (tiga kanan) yang mewakili PETROS sambil disaksikan Uggah (dua kanan) serta yang lain.
 ??  ?? PENERAJU PETROS: Abang Johari semasa berucap mengumumka­n secara rasminya Saau (gambar) sebagai CEO Petros sempena pelancaran PETROS, malam kelmarin.
PENERAJU PETROS: Abang Johari semasa berucap mengumumka­n secara rasminya Saau (gambar) sebagai CEO Petros sempena pelancaran PETROS, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia