Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak ambil alih sepenuhnya industri minyak dan gasnya menjelang Julai

-

KUCHING: Sarawak akan mengambil alih kuasa pengawalse­liaan sepenuhnya ke atas aspek hiliran dan huluan industri minyak dan gas di negeri ini menjelang Julai tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kabinet negeri telah meluluskan rang undang-undang bagi meminda Ordinan Perlombong­an Minyak untuk menambah baik peruntukan dan penguatkua­saan.

“Rang undang-undang akan dibentangk­an di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Julai nanti.

“Ini bermakna menjelang Julai tahun ini, Sarawak akan mendapat penguatkua­saan dan pengawalan penuh berkaitan semua aspek hiliran dan huluan industri minyak dan gas di Sarawak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian berucap menyempurn­akan pelancaran Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) yang dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Pengerusi PETROS Tan Sri Datuk Amar Hamid Bugo serta menteri-menteri kabinet lain di sini, malam kelmarin.

Abang Johari berkata, Sarawak kini akan menggunaka­n hak dan undang-undangnya maka semua pihak dan syarikat terlibat dalam industri minyak dan gas di Sarawak perlu mendapatka­n lesen, permit, pajakan dan kelulusan diperlukan di bawah sama ada Ordinan Perlombong­an Sarawak atau Ordinan Pengedaran Gas.

“Operasi dan aktiviti mereka perlu mematuhi semua undang-undang negeri termasuk yang berkaitan dengan penggunaan dan pemilikan tanah”, tegasnya.

Beliau bagaimanap­un memberi jaminan penguatkua­saan undang-undang berkenaan tidak akan menjejaska­n kepentinga­n atau pelaburan Petronas serta syarikat lain, termasuk pihak yang sudah terlibat dalam industri minyak dan gas di Sarawak sama ada dalam industri hiliran mahupun huluan.

Namun demikian kata Abang Johari, aktiviti perniagaan dan operasi mereka perlu diselarask­an dengan undang-undang serta peraturan negeri ini.

Ini bermakna katanya, selepas Julai semua syarikat termasuk Petronas yang mahu beroperasi di negeri ini perlu mendapatka­n lesen penerokaan daripada kerajaan negeri.

Sebelum ini, syarikat minyak beroperasi di bawah Akta Pembanguna­n Petroleum (PDA) bermaksud mereka hanya perlu mendapat kelulusan daripada kerajaan persekutua­n.

Sejak tahun 1975, gas asli cecair dari Sarawak telah dieksport oleh Petronas dan hasil yang diperolehi telah menyumbang kepada ekonomi negara dan pembanguna­n persekutua­n.

“Dengan menjalanka­n hak perlembaga­an kita di Sarawak, kerajaan negeri memenuhi aspirasi rakyat Sarawak bahawa hasil tambahan daripada minyak dan gas akan mempercepa­t pembanguna­n perindustr­ian.

“Selain itu, mencapai kemajuan ekonomi untuk membolehka­n Malaysia secara keseluruha­nnya mencapai ekonomi berpendapa­tan tinggi pada tahun 2030,” kata beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia