Utusan Borneo (Sarawak)

Agensi pelanconga­n negeri disaran bantu promosi, RM9.6 juta dibelanja untuk naik taraf dari 2013 hingga 2017: Chan

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Agensi-agensi pelanconga­n di negeri ini disaran agar memasukkan pasar basah dan pusat penjaja di sekitar bandar raya Kuching dalam pakej pelanconga­n yang ditawarkan kepada pelancong.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Datuk James Chan berkata, pasar basah dan pusat penjaja di sini berpotensi menjadi destinasi pelanconga­n utama khususnya pelancong asing.

“Saya mendengar ramai orang termasuk pelancong asing memberi ulasan yang sangat baik mengenai pasar basah di bawah pentadbira­n MBKS.

“Ada mengatakan ia setanding malah lebih baik daripada pasar basah di negeri lain, saya tidak perlu nyatakanny­a di sini,” ujarnya.

Saya mendengar ramai orang termasuk pelancong asing memberi ulasan yang sangat baik mengenai pasar basah di bawah pentadbira­n MBKS.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri sesi dialog bersama Jawatankua­sa Perhubunga­n Penjaja MBKS di sini, semalam.

Justeru ujarnya, pasar basah harus menjadi sebahagian daripada sektor pelanconga­n di negeri itu.

Chan berkata, MBKS telah membelanja­kan RM9.6 juta dari 2013 hingga 2017 untuk menaik taraf serta menambah baik kemudahan di pasar basah dan pusat penjaja di bawah pentadbira­nnya.

Katanya, ketika ini terdapat enam pasar basah dan sembilan pusat penjaja di bawah tanggungja­wab MBKS.

Beliau turut meminta penjaja memberi kerjasama baik kepada MBKS terutama dalam aspek kebersihan persekitar­an pasar.

“Kita juga meminta kerjasama daripada penjaja agar menjual barangan yang berkualiti dan jangan menipu pelanggan kerana seorang berbuat demikian ia akan menjejaska­n imej keseluruha­n pasat berkenaan.

“Paling penting aspek kebersihan persekitar­an dan diri mesti dipelihara. Setakat ini saya berpuas hati kerana ia sangat baik,” ujarnya.

Chan turut menasihati penjaja agar tidak mem- politikkan isu dihadapi mereka, sebaliknya tampil berbincang dengan jawatankua­sa perhubunga­n dilantik seterusnya MBKS jika masalah masih tidak berjaya diselesaik­an.

“Kita mahu berbuat baik dan menyokong semua penjaja kerana kita bukan hanya menjaga pasar tetapi penjaja itu sendiri.

“Sudah tentu kita mahu penjaja mendapat keuntu- ngan sebanyak yang mungkin dengan mewujudkan peluang serta ruang selesa untuk mereka berniaga,” katanya.

Beliau mendedahka­n sebelum ini timbul masalah berkaitan penjaja kemungkina­n disebabkan salah faham terhadap dasar-dasar berkaitan perniagaan tersebut.

“Sekarang di bawah pentadbira­n saya, saya tidak mahu melihat penjaja dan pasar menghadapi masalah seperti sebelum ini, mungkin masalah salah faham dan mereka tidak memahami dasar-dasar berkaitan sepenuhnya.

“Oleh sebab itu, MBKS sekarang lebih kerap turun padang bertemu dan menjelaska­n dasar- dasar yang ada supaya mereka faham kerana kita sedar ramai dalam kalangan mereka daripada golongan berpendidi­kan,” jelasnya.

Datuk James Chan Datuk Bandar MBKS

 ??  ?? MAKLUM BALAS: Chan pada sesi dialog bersama Jawatankua­sa Perhubunga­n Penjaja MBKS semalam.
MAKLUM BALAS: Chan pada sesi dialog bersama Jawatankua­sa Perhubunga­n Penjaja MBKS semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia