Utusan Borneo (Sarawak)

Sejarah perjalanan Sarawak dalam industri minyak dan gas

-

KUCHING: Sejarah perjalanan Sarawak dalam industri minyak dan gas bermula dengan pengoperas­ian telaga minyak pertama yang dikenali sebagai ‘Old Lady’ di Miri pada 22 Disember 1910.

Kilang penapis pertama minyak Sarawak dibina oleh Shell di Tanjung Lobang, Miri, dan kemudianny­a berpindah ke Lutong, Miri.

Pada 1920, Rajah mengeluark­an apa yang dikenali sebagai ‘Perintah Konsesi Shell’ yang menetapkan kawasan di Miri sebagai penerokaan dan perlombong­an minyak oleh Sarawak Oilfields Limited, dimiliki oleh Shell.

Pada 1930-an, Belanda dan British memulakan penerokaan luar pesisir minyak Baram.

Pada 1952, kerajaan penjajah Sarawak mengeluark­an pajakan minyak dalam bentuk surat ikatan kepada Medan Minyak Sarawak, memberikan syarikat kebebasan, hak dan keistimewa­an untuk meneroka dan mengendali­kan semua petroleum yang terletak di dalam atau di bawah atau di seluruh wilayah yang terdiri daripada jajahan Sarawak, termasuk tanah di bawah semua perairan wilayah.

Pada 1954, Queen- in- Council meluluskan Perintah Sarawak ( Perubahan Sempadan) untuk memperluas sempadan Sarawak bagi memasukkan dasar laut dan tanah bawahnya yang terletak di bawah laut bersebelah­an perairan wilayah Sarawak.

Pada 1958, Majlis Negeri kemudianny­a (Dewan Undangan Negeri) meluluskan Ordinan Perlombong­an Minyak bagi menyediaka­n peruntukan yang lebih baik dalam undangunda­ng berkaitan perlombong­an minyak di Sarawak dan pelantar benuanya.

Pada 1960, penerokaan berkembang dari darat ke luar pesisir, dengan Orient Explorer menjadi pelantar penggerudi­an mudah alih pertama yang digunakan.

Pada 1963, medan Baram menjadi medan luar pesisir pertama, dan pada 1965, Miri menjadi bandar pertama dengan sistem paip gas.

Pada 1968, West Lutong mengeluark­an minyak luar esisit pertamanya.

Malaysia LNG Sdn Bhd diperbadan­kan pada 1978, dan kargo eksport pertama dihantar pada Januari 1983.

Pada 1979, Terminal Minyak Mentah Bintulu menjadi projek perindustr­ian utama pertama memulakan pembinaan di Tanjung Kidurong, dan pada tahun berikutnya, ASEAN Bintulu Fertiliser ditubuhkan dan mula beroperasi pada 1985.

Pada 1986, Shell Middle Distillate Synthesis, loji gas kepada cair pertama dunia diperbadan­kan dan mula beroperasi pada 1993.

Pada 2016, kemudahan pertama LNG terapung di dunia oleh Petronas menghasilk­an gas pertamanya, dan pada 2017, Petroleum Sarawak Bhd (PETROS) milik kerajaan negeri diperbadan­kan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia