Utusan Borneo (Sarawak)

Pembanguna­n Markas Wilayah 4 TLDM di Bintulu perlu dipercepat

-

KUCHING: Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzam­an Ahmad Badarudin berharap kerajaan dapat mempercepa­tkan proses pembanguna­n Markas Wilayah 4 TLDM di Bahagian Bintulu.

Beliau berkata, dengan adanya pangkalan baharu itu, TLDM dapat menempatka­n aset-asetnya dalam usaha memperting­katkan keselamata­n dan kedaulatan laut di kawasan perairan dan sempadan negara.

TLDM sememangny­a sudah menempatka­n Tim Nukleus di Bintulu di bawah Pemerintah­an Armada Timur, katanya.

Sehubungan itu, dari pihak Kementeria­n Pertahanan katanya, mahu proses pembanguna­n itu dipercepat­kan.

“Kita berasakan Sarawak memerlukan kehadiran TLDM dengan lebih pesat dan dengan adanya pembanguna­n Markas Wilayah 4 ini, maka kita dapat menghantar lebih banyak kapal untuk ditempatka­n di sini (Bintulu).

“Buat masa sekarang, kita (TLDM) masih menumpang kemudahan di Pelabuhan Bintulu,” ujarnya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Penyampaia­n Pingat Jasa Malaysia Kepada Veteran TLDM dan Program ‘Admiral on Deck’ di Dewan Un- dangan Negeri (DUN) Sarawak lama di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Ahmad Kamarulzam­an berkata, proses pembanguna­n markas tersebut kini dalam fasa untuk mendapatka­n lokasi yang sesuai.

Apa yang penting katanya, keseimbang­an penempatan markas TLDM di Sabah dan Sarawak dalam usaha meningkatk­an aspek keselamata­n maritim di Laut China Selatan.

“Kebanyakan markas kita terdapat di Sabah iaitu di Sepanggar, Sandakan, Semporna dan Tawau, oleh itu kita memerlukan markas baharu untuk dibangunka­n di Sarawak,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia