Utusan Borneo (Sarawak)

Gara-gara kelapa sawit, lelaki kena enam bulan

-

MIRI: Mahkamah Majistret menjatuhi hukuman penjara enam bulan ke atas seorang lelaki yang mengaku bersalah mencuri 10 tandan buah kelapa sawit.

Mahkamah memerintah­kan hukuman penjara ke atas Syed Zaidnudin Wan Ahmad yang merupakan tertuduh kedua dalam kes ini dikuatkuas­akan mulai tarikh penjatuhan hukuman.

Pada masa sama, mahkamah menetapkan 3 April depan untuk pengurusan kes bagi lima tertuduh lain yang menafikan tuduhan tersebut.

Sementara itu, kelimalima tertuduh dibenarkan dibebas dengan jaminan masing- masing RM2,800 berserta dua penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.

Selain Syed Zaidnudin, 28, dari Tudan Fasa 5, lima tertuduh lain iaitu Awang Zainol Asri Awang Chik, 37, dari Piasau Jaya Fasa 2, Iftekar Ibrahim dan abangnya Zaki Yamani Ibrahim, 38, dari Piasau Jaya Fasa 1, Abdul Asmi Samad, 41, dan Muhd Fuad Abdul Hakim, 43, kedua-duanya dari Kampung Lereng Bukit di sini, didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Mengikut kesalahan ini, mereka boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau keduaduany­a sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n pertuduhan kes, Syed Zaidnudin didapati melakukan kecurian dengan melarikan 10 tandan buah kelapa sawit bernilai RM180 kepunyaan Tai Sing Long.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu bersama lima yang lain pada jam 4.24 petang, 25 Februari lalu di Jalan Miri-Bintulu.

Di hadapan mahkamah, tertuduh merayu hukuman diringanka­n memandangk­an ini adalah kesalahan pertamanya.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor, manakala tertuduh tidak diwakili.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia