Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan komited bantu rakyat, iktiraf NCR menerusi penyukatan perimeter: Entulu

- Oleh Florence Nervyn

SIBU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun menasihati rakyat supaya tidak mudah terperdaya dengan hasutan untuk memburuk- burukkan kerajaan, terutama berkaitan isu penyukatan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di negeri ini.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa komited membantu rakyat dalam memberi pengiktira­fan terhadap tanah NCR menerusi pelaksanaa­n program penyukatan perimeter tanah NCR di bawah inisiatif baharu yang dijalankan secara berterusan.

“Kerajaan melalui pewartaan mengiktira­f pemilikan tanah secara eksklusif kepada rakyat dan pewartaan ini membuktika­n pemilikan tanah tersebut.

“Oleh itu, saya menyeru khususnya penduduk di kawasan Parlimen Selangau supaya memberi sokongan dan kerjasama mereka kepada usaha murni kerajaan.

“Jangan mudah terperdaya dengan segala hasutan yang memburuk-burukkan kerajaan termasuk dalam melaksanak­an kerja- kerja penyukatan tanah NCR,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Program Transforma­si Kepimpinan Akar Umbi Peringkat Parlimen Selangau di Rumah Joseph Serang Inang, Skim Sekuau di sini, baru-baru ini.

Pada majlis itu, Entulu turut menyerahka­n geran projek kecil luar bandar (MRP) dan bantuan pinjaman perumahan dengan keutamaan kepada mangsa kebakaran kepada para penerima dari kawasan Selangau dengan peruntukan berjumlah RM3,846,000.

Ahli Parlimen Selangau itu turut menyeru pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung ( JKKK) supaya memberi kerjasama untuk memu- dahkan penyaluran peruntukan.

“Ini kerana terdapat segelintir pengerusi JKKK yang masih belum lagi menyerahka­n nombor akaun JKKK rumah panjang dan mereka diminta berbuat demikian segera sebelum hujung Mac ini,” ujarnya.

Isterinya, Datin Jacklyne Anthony kemudian turut menyerahka­n Bantuan Biasiswa Bakti kepada enam pelajar sekolah menengah yang mendapat keputusan cemerlang dan bantuan beg sekolah kepada 196 murid Tahun Enam yang terpilih dari kawasan daerah Selangau.

Hadir sama Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Adriana Chumang Nyambong, Penghulu Balai Gara, Penghulu Jerome Juranpang, Penghulu Sylveseter Sallang, Penghulu Intu Santap, bekas Penghulu Michael Jelani, kaunselor Dali Merawing serta 167 tuai rumah.

 ??  ?? MESRA: Entulu dan isterinya Jacklyne bersalam dan bertanya khabar penduduk yang hadir di Rumah Joseph Serang.
MESRA: Entulu dan isterinya Jacklyne bersalam dan bertanya khabar penduduk yang hadir di Rumah Joseph Serang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia