Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga sahabat belasah lelaki lain direman

-

MIRI: Tiga sahabat yang ditangkap kerana disyaki dengan sengaja mencederak­an seorang lelaki lain diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya direman empat hari untuk membantu siasatan lanjut polis.

Perintah itu dikeluarka­n Majistret Zuraini Ali Musa setelah membenarka­n permohonan reman yang dikemukaka­n pegawai penyiasat Inspektor Fredly Juing dari Balai Polis Pusat Miri.

Dalam permohonan­nya Fredly berkata, sekitar jam 2.20 pagi 1 Mac lalu, seorang anggota yang bertugas di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang memaklumka­n berlakunya pergaduhan di sebuah rumah sewa di Jalan Sim Chong Chay, Taman Gilbert di sini.

Pengadu menyatakan sekitar jam 2 pagi hari sama, semasa sedang tidur, dia terdengar pintu rumahnya ditendang dengan kuat dan apabila bangun dari tempat tidur, dia ternampak suaminya marah-marah.

Menurut pengadu, suaminya marah dan berasa tidak puas hati kerana semasa balik, suaminya ternampak adik ipar pengadu turut berada di dalam bilik bersama pengadu dan menyangka mereka mempunyai hubungan sulit.

Suami pengadu bertindak agresif memukul adik ipar pengadu menggunaka­n objek keras sambil dibantu dua rakannya hingga menyebabka­n adik ipar pengadu pengsan dan berlumuran darah.

Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 2.40 pagi 1 Mac lalu, sepasukan anggota dari Unit Kereta Peronda yang bergegas ke tempat kejadian menahan ketiga-tiga lelaki terbabit untuk membantu siasatan lanjut.

Semasa tangkapan dibuat, polis turut merampas sekeping papan yang dipercayai digunakan untuk memukul mangsa.

Dalam permohonan lanjutnya, Fredly memberitah­u, reman lima hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas ketiga-tiga suspek yang berusia 26, 22 dan 25 tahun masing-masing dari Long Moh, Kampung Long Tepen dan Long Lunyim, Baram amat diperlukan untuk membolehka­n polis menjalanka­n siasatan terperinci berhubung kes ini.

Selain itu, polis masih memerlukan masa untuk merakam percakapan ketiga-tiga suspek dan membuat kawad cam, justeru membebaska­n mereka lebih awal akan menjejaska­n siasatan lanjut polis.

Bagaimanap­un, mahkamah hanya membenarka­n reman empat hari hingga 10 Mac ini.

 ??  ?? MESRA: Subeng ketika menghadiri program santai bersama penduduk Rumah Bagus.
MESRA: Subeng ketika menghadiri program santai bersama penduduk Rumah Bagus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia