Utusan Borneo (Sarawak)

Jumlah dana baiki saliran beberapa lorong di Skim Penempatan Semula BDC dipersoal

-

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending, Violet Yong mempersoal­kan jumlah yang diperuntuk­kan untuk memperbaik­i sistem saliran di beberapa lorong di Skim Penempatan Semula BDC yang diumumkan oleh Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) sebelum Tahun Baharu Cina yang lepas.

Beliau mendakwa, SUPP melalui Wilfred Yap mengumumka­n RM2.5 juta digunakan untuk menaik taraf Lorong 7, 9, 11, 37, 37A dan 37B di kawasan tersebut, bertentang­an dengan jawapan yang diterimany­a semasa persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun lepas, bahawa RM5 juta akan dibelanjak­an untuk tujuan itu.

“Saya menerima jawapan daripada Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan bahawa RM5 juta telah diperuntuk­kan untuk menaik taraf beberapa lorong di Skim Penempatan Semula BDC dan dengan pengumu- man yang dibuat oleh Yap, jelas terdapat kekurangan RM2.5 juta.

“Kenapa kurang RM2.5 juta? Bolehkah SUPP dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan ( MBKS) jelaskan di mana bahagian itu pergi dan sama ada ia telah dibelanjak­an untuk tujuan lain,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Tindakan Demokratik (DAP) di sini, semalam.

Beliau menambah, penduduk di kawasan itu mempunyai hak untuk mengetahui bagaimana peruntukan RM2.5 juta lagi dibelanjak­an, dengan harapan peruntukan RM5 juta dapat digunakan sepenuhnya untuk memperbaik­i sistem saliran di kawasan tersebut.

Selain itu, Yong berkata semasa persidanga­n DUN tahun lepas, beliau telah diberitahu oleh Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan telah memperuntu­kkan RM40 juta untuk membangunk­an seluruh kawasan Skim Penempatan Semula BDC.

Beliau juga memberitah­u tidak ada tanda-tanda kerja telah dimulakan untuk menaik taraf lorong terlibat, walaupun terdapat papan tanda menyatakan bahawa kerja- kerja akan bermula bulan ini.

“Ini berdasarka­n lawatan saya ke kawasan itu, malah tidak ada bahan binaan kelihatan di tapak ini,” katanya.

Mengenai premium di skim penempatan semula, beliau berkata mereka yang telah membayar premium RM8,048 sebelum tahun lepas untuk petak tanah 10 poin sepatutnya berhak mendapatka­n bayaran balik.

Menurutnya, premium tersebut telah dikaji semula kepada RM5,000 sejak tahun lepas untuk sebidang tanah yang sama, iaitu penguranga­n RM3,00, justeru ia perlu dibayar balik kepada mereka yang membuat pembayaran sebelum tahun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia