Utusan Borneo (Sarawak)

Tuai rumah selesa dengan Subeng

-

KUCHING: Pelobi calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Saratok Subeng Mula merupakan individu yang mampu menggalas tanggungja­wab sebagai wakil rakyat dan mampu mentadbir Saratok dengan baik.

Tuai Rumah Bagus, Simpang Empat, Plassu, Kabong yang berkata demikian menambah, penduduk Saratok mahu seorang pemimpin yang bertenaga dan memiliki nilai-nilai positif.

Subeng daripada Parti Demokratik Progresif (PDP) dikatakan amat disenangi rakyat di kawasan tersebut dan ia terbukti menerusi program-program lain diadakan sebelum ini.

Pada 1 Mac lepas, beliau menghadiri program santai anjuran PDP di Rumah Bagus dengan tujuan berkenalan lebih rapat dengan penghuni rumah panjang tersebut.

Subeng dalam ucapannya berkata, jika dipilih menjadi Ahli Parlimen Saratok, beliau akan menjadi pemimpin yang memangkin aspirasi rakyat untuk terus melihat Saratok maju ke hadapan.

Malah, beliau beriltizam untuk bekerja gigih demi pembanguna­n kawasan dan penduduk di Saratok.

Dua hari sebelumnya, Subeng turut berjumpa dengan penduduk di Sebubu, Roban di Rumah Jimbai, Sebubu Lichok, Roban.

Program santai tersebut mendapat sambutan memberangs­angkan daripada penduduk sekitar.

Tuai Rumah Jimbai turut menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Subeng untuk menjadi wakil rakyat di Saratok.

Pucuk pimpinan PDP dikatakan merestui dan memberi sokongan penuh kepada Subeng untuk menjadi calon BN pada pilihan raya ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia