153 terima darjah kebesaran negeri Sarawak daripada Tun Taib
KUCHING: Seramai 153 penerima telah dianugerahkan darjah kebesaran negeri pada Istiadat Pengurniaan DarjahDarjah Kebesaran Negeri Sarawak yang disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri, semalam.
Mendahului senarai penerima ialah Awangku Jawa@ Pengiran Jawa Pengiran Amzah, 89, yang dianugerahkan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Johan Bintang Sarawak (JBS).
Beliau merupakan pengasas Parti BERJASA di Lawas pada era 1960-an dan pernah berkhidmat sebagai kaunselor di Majlis Daerah Lawas selama lebih 20 tahun.
E n a m p e n e r i m a dianugerahkan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Pegawai Bintang Sarawak (PBS) pula terdiri daripada Profesor Dr Othman Bojo diikuti Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim, Abu Bakar Ibrahim, Ramlee Yatim, Elesabet Paya Wan dan Anna Ng Fui Choo.
Manakala Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Pegawai Bintang Kenyalang (PBK) pula dianugerahkan kepada 11 penerima.
Pingat Pentadbiran Awam, Pingat Perkhidmatan Bakti (PPB) pula dianugerahkan kepada 22 penerima, manakala Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Ahli Bintang Sarawak (ABS) dianugerahkan kepada 11 penerima.
Selain itu, 24 penerima menerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Ahli Bintang Kenyalang (ABK); 34 dikurniakan Pingat Pentadbiran Awam, Pingat Perkhidmatan Terpuji (PPT) dan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Bentara Bintang Sarawak ( BBS) dianugerahkan kepada 44 penerima.
Hadir sama Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Gerawat Gala, Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh, Menteri Muda Undang-Undang dan Adat Bumiputera Datuk John Sikie Tayai dan Menteri Muda Industri dan Pelaburan Malcom Mussen.