Utusan Borneo (Sarawak)

Kenyataan mahu ‘merujuk’ UPP kepada psikiatri akan mengeruhka­n lagi hubungan

- Oleh Andy Sabang

SIBU: Parti Rakyat Bersatu (UPP) menyelar kenyataan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian yang ingin ‘merujuk’ UPP kepada pakar psikiatri sekiranya masih gagal memahami ungkapan ‘kembali semula’ ke pangkuan SUPP.

Presiden UPP Dato Sri Wong Soon Koh, Timbalanny­a Datuk Dr Jerip Susil dan Naib Presiden Kanan Datuk Tiong Thai King ketika membuat kenyataan bersama semalam mendakwa apa yang diungkapka­n Dr Sim adalah bersifat negatif.

Menurut mereka, Dr Sim menimbulka­n persoalan besar terhadap sejauh mana kredibilit­i dan integritin­ya sebagai presiden parti dan juga pemimpin.

“Kami menyifatka­n kenyataan beliau sebagai amat keras dan memalukan memandangk­an ia keluar daripada mulut seorang pemimpin dan juga presiden parti.

“Kami agak terkilan apabila beliau mahu merujuk kami (UPP) kepada psikiatri,” kata mereka semasa mengadakan sidang media, semalam.

Selain itu, mereka juga m e n d a k w a t i n d a k a n Dr Sim mengeluark­an kenyataan sedemikian akan mengeruhka­n lagi hubungan antara UPP dan SUPP.

Apatah lagi, kata mereka, UPP sebelum ini tidak pernah dijemput dengan ikhlas untuk kembali semula kepada SUPP dan kebiasaann­ya jemputan sedemikian dibuat menerusi media.

Sementara itu, Dr Sim dipercayai mengeluark­an kenyataan tersebut kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis di Kuching kelmarin.

Dr Sim dipetik sebagai berkata, UPP harus kembali semula kepada SUPP memandangk­an Ketua Menteri dan Perdana Menteri juga pernah membicarak­an mengenai perkara yang sama.

“Apa lagi... melainkan jika anda tidak mahu faham. Saya tidak fikir kamu tidak akan faham... saya fikir kamu tidak mahu memahaminy­a dan bagi mereka yang tidak faham biar saya rujuk kamu kepada psikiatri.

“Kerana itulah satu-satunya rawatan yang boleh saya berikan kepada kamu. Apa lagi yang boleh saya berikan kepada anda?

“Saya mungkin tidak pakar dalam kesihatan mentallah, tetapi saya mempunyai ramai rakan sekerja dan saya tahu siapa yang terbaik di Batu 7,” jelas Dr Sim.

Kata mereka, kenyataan tersebut antara petikan soal jawab Dr Sim dengan pemberita yang dikirimkan kepada mereka.

Mereka juga mendakwa turut mempunyai rakaman perbualan Dr Sim dengan pemberita. KUCHING: Kejayaan Sarawak menuntut balik kuasanya dalam aspek meneroka sumber semula jadi minyak dan gasnya menunjukka­n usaha penurunan kuasa daripada kerajaan persekutua­n kepada kerajaan negeri berjalan lancar.

Penganalis­is politik yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Sosio Budaya Universiti Malaysia ( UM) Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, pengumuman Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg malam kelmarin satu momentum yang baik serta sesuai untuk Sarawak.

Menurutnya, dengan itu Sarawak bakal menikmati lebih banyak pendapatan daripada minyak, gas serta sumber galian lain selepas ini.

“Ini menunjukka­n proses pemberian kuasa kepada Sarawak daripada persekutua­n berjalan dengan lancar.

“Maka ia menjadi sebab yang kuat isu kepentinga­n Sarawak akan menjadi manifesto Barisan Nasional ( BN) Sarawak pada masa akan datang,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Tambah Awang Azman, Sarawak perlu lebih banyak tuntutan sesuai dengan kepentinga­n strategik sebagai deposit tetap BN.

“Misalnya tambahan royalti minyak perlu ada untuk membiayai pembanguna­n negeri l ebih pesat,” tegasnya.

Kami menyifatka­n kenyataan beliau sebagai amat keras dan memalukan memandangk­an ia keluar daripada mulut seorang pemimpin dan juga presiden parti. Kenyataan bersama UPP

 ??  ?? KUNJUNGAN HORMAT: Abang Johari (empat kiri) merakam gambar selepas kunjungan hormat Ahmad Kamarulzam­an (tiga kiri), semalam.
KUNJUNGAN HORMAT: Abang Johari (empat kiri) merakam gambar selepas kunjungan hormat Ahmad Kamarulzam­an (tiga kiri), semalam.
 ??  ?? KESAL: (Dari kiri) Wong, Jerip dan Tiong semasa membuat kenyataan bersama semalam.
KESAL: (Dari kiri) Wong, Jerip dan Tiong semasa membuat kenyataan bersama semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia