Utusan Borneo (Sarawak)

Peluang kepada anak Sarawak ceburi sektor minyak dan gas

-

KUCHING: Kejayaan kerajaan negeri menuntut hak meneroka sumber semula jadi minyak dan gasnya diharap dapat memberi peluang kepada anak-anak negeri ini berkecimpu­ng dalam sektor berkenaan.

Ketua Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu ( PBB) Gerald Rentap Jabu berkata, ini khususnya kepada golongan muda berkelayak­an serta pekerja bidang tersebut untuk menyumbang bakti kepada Ibu Pertiwi.

“Kerajaan negeri berhak untuk menguatkua­sakan undang-undang Ordinan Perlombong­an Minyak yang akan mengawal selia operasi.

“Hak perlombong­an dan lesen untuk memprospek hasil minyak dan gas yang telah lama wujud tidak pernah dimansuhka­n.

“Dengan ini, kerajaan dan rakyat Sarawak akan mendapat manfaat yang lebih daripada hasil pendapatan dan aktiviti ekonomi minyak dan gas di persekitar­an sempadan Sarawak,” katanya kepada Utusan Borneo, semalam.

Rentap yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Layar berkata, hasil pendapatan berkenaan akan disalurkan untuk pembanguna­n infrastruk­tur, peningkata­n pertanian dan sebagainya melalui program dan polisi kerajaan negeri.

“Bagi pihak pergerakan Pemuda PBB, saya ingin mengucapka­n tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Atas usaha beliau, kerajaan negeri dapat menuntut balik kuasa telah terhakis menurut peruntukan dalam Perlembaga­an Persekutua­n,” katanya.

Rentap pada masa sama turut melahirkan penghargaa­n kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah memberi persetujua­n supaya hak tersebut diserah balik kepada Sarawak.

Semasa melancarka­n PETROS malam kelmarin, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumka­n bahawa Sarawak akan meneroka sumber semula jadi minyak dan gasnya yang secara perlembaga­annya di bawah Senarai Negeri seperti mana dalam Jadual Kesembilan Perlembaga­an Persekutua­n.

Menurut Abang Johari, penubuhan PETROS serta pelaksanaa­n hak perlembaga­an di bawah Perkara 2 (c) Senarai Negeri dan Senarai 8 (j) Perlembaga­an Persekutua­n seperti diperuntuk­kan dalam Jadual Kesembilan Perlembaga­an Persekutua­n adalah hasil perbincang­an mengenai penurunan kuasa antara kerajaan negeri dan persekutua­n.

 ??  ?? RENTAP
RENTAP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia