Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat harus berterima kasih kepada KM berjaya kembali hak teroka minyak, gas

-

KUCHING: Rakyat Sarawak harus berterima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang berjaya mengembali­kan hak meneroka minyak dan gas kepada negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata, ini bermakna Sarawak akan dapat mengawal selia sepenuhnya sumber minyak dan gas di negeri ini.

“Ia adalah sebahagian perkara berkaitan dalam Perlembaga­an Persekutua­n yang mana kita telah ketinggala­n selama ini.

“Kini, ia membolehka­n kita meneroka sumber- sumber yang mana adalah hak kita, maka itu kita harus berterima kasih kepada Ketua Menteri dalam hal ini,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Beliau berkata demikian m e n g u l a s m e n g e n a i pengumuman Abang Johari malam kelmarin bahawa Sarawak akan meneroka sumber semula jadi minyak dan gasnya yang secara perlembaga­annya di bawah Senarai Negeri seperti mana dalam Jadual Kesembilan Perlembaga­an Persekutua­n.

Menurut Abang Johari, penubuhan PETROS serta pelaksanaa­n hak perlembaga­an di bawah Perkara 2 ( c) Senarai Negeri dan Senarai 8 (j) Perlembaga­an Persekutua­n seperti diperuntuk­kan dalam Jadual Kesembilan Perlembaga­an Persekutua­n adalah hasil perbincang­an mengenai penurunan kuasa antara kerajaan negeri dan persekutua­n.

Masing berkata, parti pembangkan­g di Sarawak d i p e l a w a b e r s a m a bagi memastikan hak berperlemb­agaan menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an itu menjelaska­n, pengembali­an hak itu juga adalah tanda keprihatin­an Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyedari ada sesuatu yang tidak kena.

“Beliau ( Najib) cukup berani untuk memperbetu­lkan kesalahan ini.

“Berbanding di bawah Tun Mahathir, isu ini tidak akan pernah dilanjutka­n,” katanya.

M a s i n g b e r k a t a , cara pentadbira­n Tun Mahathir menakutkan orang untuk memberitah­u tentang kelemahan atau kesilapann­ya.

 ??  ?? MASING
MASING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia