Musim bubuk lubuk rezeki di Miri jana pendapatan industri sampingan
MIRI: Ketibaan musim bubuk kali ini bukan sahaja membuka lubuk rezeki kepada nelayan tempatan, malah peluang bagi pengusaha lain yang mempunyai kemahiran dalam industri sampingan untuk turut serta menjana pendapatan.
Mereka yang mahir kerja bertukang seperti penjual lesung kayu yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Rahim, 60an, dari Kampung Batu Satu, Kuala Baram, akan meningkatkan jualan lesung kayu yang dibuat sendiri.
“Apabila tiba musim bubuk, permintaan terhadap lesung kayu ini bertambah kerana ia merupakan peralatan terbaik untuk ‘menutuk’ (istilah tempatan bagi menumbuk) bubuk kering yang akan dijadikan belacan,” katanya.
Lesung dan alu yang diperbuat daripada kayu berkualiti ini dijual pada harga RM100 sepasang di pasar basah Lutong di sini.
Setakat pagi semalam, Pak Rahim mengakui sudah menjual dua pasang lesung kayunya.
“Setiap kali tiba musim bubuk, jualan lesung ini laris macam pisang goreng panas apabila dibeli pembuat belacan tempatan,” jelas nelayan Daud Lamat.
Menurut Daud, penduduk tempatan masih menggunakan peralatan tradisi ini untuk menumbuk bubuk kering sebelum dijadikan belacan kerana hasilnya yang lebih berkualiti, selain memelihara rasa belacan itu sendiri.
“Ia adalah salah satu rahsia untuk membuat belacan yang terbaik,” beliau lagi.
Lesung kayu yang dijual Daud dan Pak Rahim ini dibuat dalam pelbagai saiz dan gaya mengikut keperluan pelanggan kerana sesetengah pelanggan mahukan lesung dan alunya berat, namun ada juga yang mahu yang ringan.
Seorang lagi penjual lesung kayu di pasar berkenaan, Sarihat Y a h y a b e r k a t a , meskipun pada zaman moden yang mempunyai p e l b a g a i b a r a n g keperluan serba baharu yang boleh dibeli di pasar raya, namun lesung kayu buatan tangan masih menjadi pilihan orang ramai yang sukakan peralatan tradisional.
Oleh sebab itu Sarihat berkata, beliau tidak teragak-agak membuat lebih banyak lesung kayu semasa musim bubuk kerana sentiasa mendapat permintaan.
Malah menurut beliau, jika dulu penduduk kampung yang memperolehi h a s i l t a n g k a p a n bubuk yang banyak akan saling membantu menjemur bubuk dan menumbuknya beramairamai menggunakan lesung kayu.
“Ketika itu musim bubuk amat meriah dan hasilnya juga amat banyak,” tambahnya.