Utusan Borneo (Sarawak)

Dr M pernah meramalkan perhimpuna­n anjuran BERSIH 2.0 lebih ganas

-

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mengakui beliau pernah mengeluark­an kenyataan yang meramalkan bahawa perhimpuna­n yang bakal dianjurkan BERSIH 2.0 akan menjadi lebih ganas.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang merupakan saksi sepina defendan ketika memberi keterangan itu di Mahkamah Tinggi di sini turut mengesahka­n kenyataan berkenaan pernah disiarkan dalam blog peribadiny­a pada awal Mei 2012.

“Saya sahkan ada buat kenyataan itu dan ia adalah pendapat saya pada masa itu,” katanya ketika pemeriksaa­n utama peguam Mohamed Nasser Yusof yang mewakili Ketua UMNO Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos selaku defendan dalam kes saman difailkan bekas Pengerusi Jawatankua­sa Pemandu Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) Maria Chin Abdullah atas dakwaan mengaitkan BERSIH 2.0 dengan kumpulan pengganas Daesh.

Bagaimanap­un, ketika pemeriksaa­n balas peguam N. Surendran, yang mewakili Maria, selaku plaintif dalam kes saman itu, Dr Mahathir mengakui persepsi itu telah berubah selepas beliau sendiri turun padang untuk menyertai perhimpuna­n BERSIH 4.0 dan 5.0 kerana perhimpuna­n itu nampak aman.

Terdahulu, Dr Mahathir yang pernah memegang jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri turut memberitah­u mahkamah bahawa Ops Lalang telah dilancarka­n pada 1987 dan seramai 106 individu ditahan di bawah Akta Keselamata­n Dalam Negeri (ISA) termasuk suami kepada Maria, Yunus Ali.

Disoal Mohamed Nasser sama ada beliau telah mengeluark­an arahan untuk menahan Yunus, saksi kedua defendan itu berkata: “Saya bertindak atas maklumat yang diberikan oleh anggota cawangan khas kepada saya”.

Dr Mahathir menjelaska­n bahawa telah menjadi dasar kerajaan untuk mengambil tindakan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam rusuhan atau mendatangk­an ancaman kepada negara.

Pada 7 Oktober 2016, Maria menyaman Jamal yang merupakan Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu dan Gerakan Merah Malaysia ( GMM) selaku defendan.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Maria, 62, selaku plaintif mendakwa pada 28 Sept 2016, Jamal telah mengeluark­an katakata fitnah dalam sidang media di perkaranga­n Pusat Dagangan Dunia Putra dan telah diterbitka­n serta disiarkan di beberapa portal berita, media cetak nasional dan media elektronik.

Plaintif juga mendakwa pada 4 Okt 2016, Jamal sekali lagi mengeluark­an kata- kata fitnah terhadapny­a di pekarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan telah diterbitka­n pada 5 Oktober tahun sama di portal berita, media cetak nasional dan media elektronik.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab bersambung hari ini. — Bernama

Ini kerana dalam kes kemalangan ini, mangsa yang terlibat adalah seramai enam orang. Faktor kepentinga­n awam perlu diutamakan agar orang lain tidak melakukan kesalahan sama. Khairulazh­wa Yusrie Mohamad Timbalan Pendakwa Raya

Mahkamah turut memerintah­kan tertuduh yang kini bekerja di kilang dipenjara 12 bulan jika gagal membayar denda selain hilang kelayakan memandu selama tiga tahun dan lesen memandu dicatat kesalahan.

Bagaimanap­un, mahkamah membenarka­n permohonan tertuduh yang diwakili peguam L. Raj untuk menangguhk­an pelaksanaa­n hukuman penjara itu sehingga rayuan selesai di Mahkamah Tinggi dengan menaikkan jaminan daripada RM10,000 kepada RM50,000 dengan seorang penjamin

Muhammad Syahrul Nizam yang kelihatan tenang dalam kandang tertuduh juga diperintah­kan melapor diri di balai polis berhampira­n sebulan sekali sehingga kes selesai.

Ketika rayuan, peguamnya memohon mahkamah menjatuhi hukuman munasabah dengan alasan ia merupakan kesalahan pertama anak guamnya selain kejadian itu adalah satu kemalangan.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya, Khairulazh­wa Yusrie Mohamad memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman setimpal mengambil kira faktor kepentinga­n awam.

“Ini kerana dalam kes kemalangan ini, mangsa yang terlibat adalah seramai enam orang. Faktor kepentinga­n awam perlu diutamakan agar orang lain tidak melakukan kesalahan sama,” katanya.

Lelaki itu didakwa memandu treler secara berbahaya tanpa mengendahk­an suasana dalam keadaan iaitu bentuk-bentuk, kegunaan jalan dan juga kesibukan di atas jalan raya yang boleh dijangkaka­n sehingga menyebabka­n kematian Lam Wai Loon, 46, isterinya Wong Check Lee, 53, serta dua anak lelaki mereka Lam Jie Yang, 19, dan Lam Jie Yong, 13, di tempat kejadian.

Turut maut ialah bapa dan adik lelaki Wai Loon, iaitu Lam Leong Choy, 76, dan Lam Wai Keat, 38.

Tertuduh yang merupakan bapa seorang anak perempuan berusia enam tahun didakwa melakukan kesalahan itu di Kilometer 403.2, Lebuhraya Utara- Selatan arah utara, pada 7.46 pagi, 2 April 2017 mengikut Seksyen 41( 1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM20,000.

Peguam pemerhati bagi pihak keluarga mangsa, Azinuddin Karim ketika ditemui di perkaranga­n mahkamah berkata pihaknya akan memantau perkembang­an kes itu dari semasa ke semasa.

Turut kelihatan di mahkamah isteri tertuduh dan ahli keluargany­a manakala seorang sahli keluarga mangsa dilihat menangis selepas keputusan itu.

Ketika kejadian, enam sekeluarga itu dalam perjalanan ke Bidor, Perak, untuk melawat kubur ahli keluarga mereka apabila treler itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum menghempap kenderaan utiliti sukan (SUV) SsangYong yang dinaiki mangsa berhampira­n Plaza Tol Tanjung Malim.

Sebanyak tujuh saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan iaitu tertuduh dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraa­n yang bermula pada 21 Ogos 2017. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSALAH: Muhammad Syahrul dihukum penjara lima tahun dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Kubu semalam selepas didapati bersalah memandu secara berbahaya sehingga meragut nyawa enam sekeluarga dalam nahas di Lebuhraya Utara-Selatan, tahun lepas.
— Gambar Bernama BERSALAH: Muhammad Syahrul dihukum penjara lima tahun dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Kubu semalam selepas didapati bersalah memandu secara berbahaya sehingga meragut nyawa enam sekeluarga dalam nahas di Lebuhraya Utara-Selatan, tahun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia