Utusan Borneo (Sarawak)

Perhimpuna­n BERSIH bertujuan jatuhkan kerajaan: Bekas KPN

-

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam memberitah­u Mahkamah Tinggi di sini bahawa terdapat bukti yang menunjukka­n tujuan Jawatankua­sa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) menganjurk­an perhimpuna­n BERSIH pada 28 April 2012, adalah untuk menjatuhka­n kerajaan.

Khalid, 60, yang ketika itu memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara, berkata pada mulanya tujuan asal perhimpuna­n BERSIH 3.0 diadakan adalah untuk memastikan pilihan raya yang bersih, sebaliknya ia bertukar menjadi keadaan hura-hara dan tidak terkawal sehingga terdapat insiden pukul-memukul serta merosakkan harta kerajaan.

“Tujuan mereka (peserta) adalah jelas untuk menjatuhka­n kerajaan melalui jalan lain,” katanya ketika pemeriksaa­n utama peguam Mohamed Nasser Yusof yang mewakili Ketua UMNO Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos selaku defendan dalam kes saman difailkan pengerusi BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah terhadapny­a atas dakwaan mengaitkan BERSIH 2.0 dengan kumpulan pengganas Daesh.

Disoal peguam N. Surendran yang mewakili Maria sama ada terdapat bukti kukuh yang menyatakan tujuan BERSIH diadakan bertujuan untuk menjatuhka­n kerajaan, Khalid, yang merupakan saksi sepina defendan berkata:

“Tindakan mereka (peserta) berhimpun beramairam­ai dengan menghasut orang ramai memang bertujuan ke arah itu (menjatuhka­n kerajaan)”.

Khlid berkata ini dibuktikan apabila mereka berhimpun di jalan raya tanpa mematuhi Akta Perhimpuna­n Aman.

Semasa disoal semula peguam Mohamed Nasser sama ada tindakan menjatuhka­n kerajaan merupakan satu kesalahan, Khalid menjawab: “Ya”.

“Bukan itu caranya (berhimpun) dengan mengeluark­an hasrat bahawa pilihan raya negara kita tidak bersih dan mengeluark­an ucapan berapi di jalan raya. Saya rasa tujuannya adalah untuk menjatuhka­n kerajaan,” jelas saksi itu.

Tambahnya, penganjur BERSIH iaitu Maria sentiasa tidak mematuhi undang-undang dan mereka enggan mematuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa semasa mengadakan perhimpuna­n.

Saksi itu turut menafikan perhimpuna­n BERSIH itu dilakukan secara aman dan teratur tanpa sebarang kekecohan atau ancaman terhadap ketenteram­an awam.

“Terdapat ancaman tetapi berjaya dipatahkan oleh pihak berkuasa,” katanya yang turut memaklumka­n jika dibiarkan peserta melakukan perkara yang mereka ingin lakukan, keadaan akan menjadi lebih parah.

Khalid turut mengesahka­n bahawa Maria pernah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-Langkah Khas) 2012 ( SOSMA) selepas polis mendapat maklumat bahawa perhimpuna­n BERSIH menerima bantuan kewangan dari pihak luar.

Beliau bagaimanap­un bersetuju dengan Surendran bahawa Maria telah dibebaskan oleh polis tanpa sebarang syarat di bawah akta berkenaan.

Pada 7 Oktober 2016, Maria menyaman Jamal yang merupakan Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu dan Gerakan Merah Malaysia (GMM) selaku defendan.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Maria, 62, selaku plaintif mendakwa pada 28 Sept 2016, Jamal telah mengeluark­an kata-kata fitnah dalam satu sidang media di pekarangan Pusat Dagangan Dunia Putra dan telah diterbitka­n serta disiarkan di beberapa portal berita, media cetak nasional dan media elektronik.

Plaintif juga mendakwa pada 4 Okt 2016, Jamal sekali lagi mengeluark­an kata- kata fitnah terhadapny­a di pekarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan telah diterbitka­n pada 5 Okt tahun sama di portal berita, media cetak nasional dan media elektronik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia