Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Sarawak pastikan pengurusan PRU14 terbaik

Kesiapsiag­aan, persiapan rapi dilakukan sejak Januari, 7,107 pegawai, anggota terlibat dalam penugasan

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Polis Sarawak sudah bersiap siaga sejak dua bulan lepas untuk menghadapi, sekali gus memastikan pengurusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak lama lagi adalah yang terbaik dan teratur.

Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Amer Awal berkata, kesiapsiag­aan dan persiapan rapi ini sudah dilakukan sejak Januari lepas.

Beliau berkata, 7,107 pegawai dan anggota terlibat dalam penugasan pada hari pilihan raya sebenar nanti.

“Kesemua mereka akan ditempatka­n tiga hari lebih awal di kawasan pedalaman dan dua hari selepas pilihan

Kesemua mereka akan ditempatka­n tiga hari lebih awal di kawasan pedalaman dan dua hari selepas pilihan raya untuk balik ke pangkalan.

raya untuk balik ke pangkalan.

“Kita terpaksa mengambil masa lebih awal sikit kerana untuk sampai ke kawasankaw­asan terlibat perlu melalui sungai, udara dan jalan balak yang sukar diakses,” katanya pada sidang media ketika mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang di sini, semalam.

Selain itu beliau memberitah­u, penugasan untuk undian awal nanti melibatkan 4,229 pegawai dan anggota.

Menurutnya, bajet untuk pilihan raya sudah dikemukaka­n kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada lawatannya ke Sarawak baru-baru ini bersama Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Amer turut mengingatk­an orang ramai serta pihakpihak tertentu agar tidak menimbulka­n ketegangan atau gangguan yang boleh mencemarka­n pilihan raya.

Bagi Limbang katanya, latihan pilihan raya (LFF) dan PORU juga akan digunakan jika keadaan tidak mengizinka­n sepanjang pilihan raya berlangsun­g nanti.

“Bagaimanap­un setakat ini kita tidak berdepan masalah untuk mengendali­kan dengan kekuatan anggota serta tidak memerlukan bantuan luar,” katanya lagi.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit dan wakil KPD Limbang DSP Tega Bilong.

Datuk Amer Awal Pesuruhjay­a Polis Sarawak

 ??  ?? SIAP SIAGA: Amer melakukan pemeriksaa­n perbarisan anggota polis di IPD Limbang semalam.
SIAP SIAGA: Amer melakukan pemeriksaa­n perbarisan anggota polis di IPD Limbang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia