Utusan Borneo (Sarawak)

RS1 mula fasa kedua agihan bantuan di DUN Bawang Assan

-

SIBU: Fasa kedua pengagihan kanopi, meja lipat dan kerusi plastik oleh pasukan Rancangan Sibu 1 (RS1) kepada rumah- rumah panjang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan telah bermula, petang kelmarin.

Fasa kedua ini melibatkan pengagihan 85 kanopi, 299 meja lipat dan 2,915 kerusi plastik.

Pada fasa pertama, sejumlah 81 kanopi, 100 meja lipat disampaika­n kepada rumah panjang pada Disember tahun lepas.

Majlis penyerahan fasa kedua dilakukan ADUN Bawang Assan merangkap Menteri Kewangan Kedua serta Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang Dato Sri Wong Soon Koh.

Simbolik majlis penyerahan fasa kedua berlangsun­g di Rumah Catherine Tamoh, Sungai Aup, petang kelmarin.

Hadir sama Pengerusi RS1 merangkap Pengerusi Lembaga Perkhidmat­an Komuniti Parti Rakyat Bersatu (UPP) Sibu Dato Andrew Wong, timbalanny­a Andrew Shilling serta ahli-ahli RS1 yang lain.

Menurut Andrew Wong, RS1 membelanja­kan kira-kira setengah juta untuk membeli 166 kanopi, 399 meja lipat dan 2,915 kerusi plastik.

Kesemua kanopi, meja lipat dan kerusi plastik itu katanya, akan diagihkan kepada semua 114 rumah panjang dan kampung dalam kawasan DUN Bawang Assan.

Difahamkan, kesemua kanopi, meja lipat dan kerusi plastik tersebut ditempah dari Kuala Lumpur serta berkualiti tinggi.

“Kita memberi semua ini bukan kerana pilihan raya sudah tiba atau untuk meraih sokongan daripada semua.

“Sebaliknya pemberian ini adalah atas tanggungja­wab kerajaan semasa iaitu kerajaan Barisan Nasional (BN),” ujar calon berpotensi UPP bagi Parlimen Sibu itu.

 ??  ?? FASA KEDUA: Wong menyerahka­n kanopi, kerusi plastik dan meja lipat kepada Tuai Rumah Catherine di Sungai Aup, kelmarin. Turut kelihatan Andrew Wong (empat kiri) dan Andrew Shilling (tiga kiri).
FASA KEDUA: Wong menyerahka­n kanopi, kerusi plastik dan meja lipat kepada Tuai Rumah Catherine di Sungai Aup, kelmarin. Turut kelihatan Andrew Wong (empat kiri) dan Andrew Shilling (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia