Utusan Borneo (Sarawak)

Masjid Ar-Rayyan derma pakaian terpakai Ahad ini

-

MIRI: Golongan memerlukan seperti asnaf atau fakir miskin boleh mendapatka­n pakaian terpakai secara percuma di Dewan Serbaguna Masjid Ar- Rayyan, Ahad ini.

Ia boleh diperolehi menerusi Program Amal Baju Terpakai anjuran Biro Wanita Muslimah Masjid Ar- Rayyan Bandar Baru Permyjaya.

Jurucakapn­ya Kamariah Sabri berkata, pakaian yang terkumpul itu adalah hasil sumbangan orang ramai dan dermawan pelbagai kaum.

“Setakat ini sambutan amat menggalakk­an daripada penderma, kita pula akan mengagihka­n sumbangan terbabit kepada kumpulan sasar Ahad ini,” katanya di sini.

Pakaian terpakai tersebut akan diagihkan kepada fakir miskin, mangsa kebakaran, banjir dan golongan memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama.

Tarikh pengumpula­n pakaian bermula dari 26 Februari hingga Sabtu ini di Dewan Serbaguna Masjid Ar- Rayyan.

Sementara tarikh penyerahan pakaian pula akan diadakan pada Ahad jam 8 pagi hingga 4 petang di lokasi yang sama.

Mereka yang ingin menderma juga masih berpeluang berbuat demikian dengan menghantar pakaian terpakai terus ke Dewan Serbaguna Masjid Ar- Rayyan.

Pakaian terpakai katanya, hendaklah yang boleh digunakan semula atau tidak terlalu lusuh agar ia dapat diagihkan dalam keadaan baik.

Untuk keterangan lanjut, hubungi Kamariah Sabri di talian 019- 8787643 atau Sariah ( 013- 8250230).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia