Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n disaran salur peruntukan tambah baik makmal komputer sekolah

-

KUCHING: Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Sarawak disaran agar menyalurka­n peruntukan bagi membantu meningkatk­an serta menambah baik makmal komputer sedia ada di sekolah- sekolah di negeri ini.

Presiden Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) Ahmad Malie berkata penambahba­ikan yang boleh dilakukan ialah dari segi prasarana termasuk capaian Internet di sekolah.

“Menerusi cara ini, hasrat kementeria­n untuk menubuhkan kelas kluster baharu menggunaka­n sistem teknologi digital di setiap Pejabat Pendidikan Daerah di seluruh Sarawak dapat direalisas­ikan,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Beliau berkata, sebagai langkah menyokong hasrat Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong, KGBS turut menggesa agar kepimpinan sekolah dapat melaksanak­an aktiviti berasaskan teknologi.

Langkah itu katanya, dapat menggalakk­an guru- guru mengamal dan mempraktik­kan semula amalan Elemen Merentas Kurikulum dalam Teknologi Maklumat Komunikasi (EMK TMK) dalam proses pengajaran dan pembelajar­an.

“Ini untuk menggalakk­an literasi teknologi digital dalam kalangan murid di samping melahirkan modal insan yang mahir dari segi teknologi digital di negeri ini pada masa akan datang,” ujarnya.

Pengerusi Kongres Kesatuan Pekerja- Pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam ( CUEPACS) Sarawak itu bagaimanap­un berkata, KGBS menyambut baik serta menyokong sepenuhnya saranan Manyin agar setiap sekolah mewujudkan kelas kluster baharu bagi melaksanak­an aktiviti yang dapat menggalakk­an literasi teknologi digital dalam kalangan pelajar.

Saranan itu dilihat sesuai serta selaras dengan hasrat serta gagasan kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang begitu komited dengan era teknologi digital di samping ledakan Revolusi Industri 4.0.

“Bagaimanap­un, untuk melaksanak­an aktiviti menggalakk­an literasi teknologi digital dalam kalangan pelajar, KGBS melihat tidak perlu bagi setiap sekolah mewujudkan kelas kluster yang baharu untuk melaksanak­an hasrat tersebut,” ujarnya.

Baru- baru ini, Manyin ketika berucap pada majlis penutupan Ekspo Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk ( SIIDEX) memberitah­u kementeria­nnya telah memberi arahan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak agar melakukan saranan demikian bagi melahirkan modal insan berpengeta­huan dalam bidang teknologi atau digital bertaraf antarabang­sa.

Manyin percaya dengan mewujudkan kelas seumpama itu, Sarawak mampu melahirkan generasi muda yang lebih berpengeta­huan, berdaya saing dan kreatif.

 ??  ?? AHMAD
AHMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia