Utusan Borneo (Sarawak)

Jemaah gempar babi hutan masuk masjid

Mengejar jemaah dan kanak-kanak sehingga seorang mangsa cedera akibat disondol

-

KUALA LUMPUR: Jemaah di Masjid Sungai Plong, Sungai Buloh dekat sini gempar apabila seekor babi hutan yang dipercayai tersesat secara tiba- tiba memasuki ruang masjid itu lalu mengejar jemaah serta kanak-kanak sehingga menyebabka­n seorang lelaki cedera, malam kelmarin.

Imam masjid berkenaan Ungku Ahmad Hazwan Ungku Kamarudin dalam kenyataan berkata seorang jemaah mengalami kecederaan akibat disondol babi hutan yang

Setelah berjaya diumpan keluar dari dewan solat, haiwan tersebut telah menumbangk­an dua motosikal dan akhirnya berjaya ditembak oleh seorang jemaah masjid yang mempunyai senapang patah.

turut dalam keadaan cedera pada leher semasa jemaah masjid ingin menunaikan solat Isyak.

“Ketika kejadian, ramai jemaah berusaha menyelamat­kan diri dan ada di antara jemaah yang berusaha meng- halau binatang tersebut keluar dari dewan solat.

“Setelah berjaya diumpan keluar dari dewan solat, haiwan tersebut telah menumbangk­an dua motosikal dan akhirnya berjaya ditembak oleh seorang jemaah masjid yang mempunyai senapang patah,” katanya dan menambah pihaknya telah menghubung­i Balai Polis Sungai Plong bagi mengawal keadaan.

Katanya hampir keseluruha­n bahagian di dalam dan beranda masjid terjejas akibat kejadian itu dan pihak masjid telah menghubung­i pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS) bagi membantu menyelesai­kan masalah tersebut.

“Pihak JMNS akan hadir esok (hari ini) bagi membuat penilaian berkaitan masalah sertu (menyucikan) dan karpet masjid… Pada ketika ini, urusan solat jemaah diteruskan seperti biasa di ruang solat yang tidak terjejas,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt S. Somu ketika dihubungi Bernama mengesahka­n kejadian itu tetapi tiada laporan yang dibuat oleh pihak yang terlibat.

“Pasukan polis telah ke lokasi kejadian bagi mengawal keadaan ketika kejadian. Terdapat seorang lelaki Rohingya yang cedera namun dia juga tidak tampil membuat laporan polis,” katanya.

Beliau berkata pemeriksaa­n mendapati individu yang melepaskan tembakan itu mempunyai lesen senjata api. — Bernama

Ungku Ahmad Hazwan Ungku Kamarudin Imam

 ?? — Gambar Bernama ?? SERBUAN: Sanifah (tengah) dan Muhammad Zulkarnain (kiri) menunjukka­n dadah yang dirampas dalam serbuan di Perairan Sungai Nibong ketika sidang akhbar di Pangkalan Maritim Batu Pahat, semalam.
— Gambar Bernama SERBUAN: Sanifah (tengah) dan Muhammad Zulkarnain (kiri) menunjukka­n dadah yang dirampas dalam serbuan di Perairan Sungai Nibong ketika sidang akhbar di Pangkalan Maritim Batu Pahat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia