Utusan Borneo (Sarawak)

Guna modus operandi sasar rumah tiada CCTV, pengawal keselamata­n

-

KUALA LUMPUR: Empat suspek lelaki tempatan daripada kumpulan ‘Ah Haw’ yang ditahan pada Isnin lepas, disyaki terlibat dalam kegiatan pecah rumah di sekitar Taman Sri Rampai, di sini, menyasarka­n rumah yang tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) dan pengawal keselamata­n.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata suspek yang berumur antara 31 dan 42 tahun itu melakukan kegiatan jenayah pada waktu senja dengan berlegar-legar di taman berkenaan.

Mengenai tangkapan suspek, Mazlan berkata pihaknya menerima maklumat mengenai sebuah kereta jenis Proton Saga warna putih yang dinaiki suspek berada di taman itu dalam keadaan mencurigak­an pada hari berkenaan.

Beliau berkata polis kemudian cuba menahan kenderaan suspek tetapi mereka melarikan diri serta melanggar tiga kereta orang awam di susur masuk Setiawangs­a sebelum masuk ke Lebuhraya Duke.

“Dalam usaha meloloskan diri, suspek cuba melanggar seorang anggota polis dan demi mempertaha­nkan diri, polis terpaksa melepaskan dua das tembakan ke arah kereta suspek yang mengenai bahagian tayar belakang sebelah kiri kenderaan suspek,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontin- jen Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Mazlan berkata walaupun tembakan mengenai tayar kereta, suspek masih memandu secara agresif dan melarikan diri ke arah Lebuhraya DUKE secara melawan arus menghala ke Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dan bertembung dengan sebuah kereta Proton Waja menyebabka­n kereta suspek terbabas.

“Akibat pertembung­an itu, kesemua suspek melarikan diri dan ditahan di Duke - Setiawangs­a dan turut menyebabka­n seorang pemandu kereta Proton Waja itu mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Beliau berkata hasil siasatan, polis mendapati kumpulan berkenaan mempunyai ramai rakan sejenayah yang pernah ditahan polis sekitar tahun 2016 dan 2017 kerana terlibat dalam 35 kes pecah rumah di sekitar Lembah Klang yang telah berjaya diselesaik­an.

“Kumpulan berkenaan menyasarka­n barangan kemas serta wang tunai dan hasil semakan polis di dalam kereta suspek menjumpai peralatan pecah rumah dan peralatan menghisap dadah dan mendapati kesemua suspek positif dadah.

“Siasatan kami, mendapati seorang daripada empat suspek itu mempunyai 23 rekod jenayah lampau pelbagai kesalahan dan turut melanggar perintah tahanan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) dan kesemua mereka direman selama seminggu sehingga Isnin depan,” katanya.

Pada Isnin lepas, empat suspek ditahan polis di Lebuhraya Duke - Setiawangs­a selepas dilihat berlegar-legar dalam keadaan mencurigak­an di Taman Sri Rampai disyaki untuk melakukan kegiatan pecah rumah di taman berkenaan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PECAH RUMAH: Mazlan (tiga kiri) menunjukka­n peralatan besi yang dirampas daripada empat suspek lelaki kumpulan ‘Ah Haw’, yang menjalanka­n kegiatan pecah rumah di Taman Sri Rampai, Isnin lepas, ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama PECAH RUMAH: Mazlan (tiga kiri) menunjukka­n peralatan besi yang dirampas daripada empat suspek lelaki kumpulan ‘Ah Haw’, yang menjalanka­n kegiatan pecah rumah di Taman Sri Rampai, Isnin lepas, ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia