Utusan Borneo (Sarawak)

APMM gagalkan cubaan seludup dadah ke negara jiran

-

BATU PAHAT: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Pangkalan Maritim Batu Pahat menggagalk­an cubaan menyeludup keluar sejumlah dadah ke negara jiran di kawasan perairan Sungai Nibong, kira-kira 10 batu nautika dari Tanjung Tohor, di sini, kelmarin.

Timbalan Pengarah Maritim (Operasi) Wilayah Selatan Kepten Maritim Sanifah Yusof berkata serbuk mampat disyaki syabu dan tiga peket disyaki ekstasi bernilai lebih RM300,000 itu dirampas pada jam 1.30 pagi.

“Bertindak atas maklumat awam, bot APMM yang melakukan rondaan berjaya mengesan sebuah bot gentian kaca yang mencurigak­an di perairan berkenaan.

“Bot terbabit enggan berhenti apabila diarahkan dan bertindak memecut laju menuju ke kawasan pokok bakau sebelum dua suspek lelaki kemudianny­a berjaya meloloskan diri dengan meninggalk­an bot di tepi kawasan bakau,” katanya kepada pemberita di Pangkalan Maritim Batu Pahat, semalam.

Sanifah berkata hasil pemeriksaa­n menemukan serbuk mampat disyaki syabu dan tiga peket ekstasi dengan berat keseluruha­n kira-kira satu kilogram di dalam bot tersebut.

“Kesemua dadah tersebut ditemui disimpan di dalam plastik bungkusan minuman teh cina yang dibungkus menggunaka­n surat khabar serta disembunyi di bawah timbunan jaring,” katanya.

Menurut Sanifah, pihaknya percaya kegiatan tersebut didalangi sindiket besar yang menjalanka­n penyeludup­an dadah, namun, siasatan lanjut mengenainy­a sedang dilakukan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PELUPUSAN: A. Thaiveegan melakukan simbolik pelupusan mesin perjudian yang dirampas melibatkan serbuan Ops Dadu di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah 1, Batu Uban, George Town, semalam.
— Gambar Bernama PELUPUSAN: A. Thaiveegan melakukan simbolik pelupusan mesin perjudian yang dirampas melibatkan serbuan Ops Dadu di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah 1, Batu Uban, George Town, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia