Utusan Borneo (Sarawak)

3,197 mesin judi dilupuskan

-

GEORGE TOWN: Polis melupuskan sejumlah 3,197 pelbagai jenis mesin perjudian bernilai kira-kira RM4.5 juta yang dirampas sejak tahun 2015 hingga tahun lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A.Thaiveegan berkata semua mesin judi itu dirampas hasil serbuan di 514 premis perjudian dan polis turut menahan 988 pemilik judi, penganjur serta pelanggan.

“Dalam tempoh yang sama, sebanyak 307 kes telah didakwa di mahkamah dan polis juga merampas wang tunai sejumlah RM151,041 yang berkaitan dengan aktivi perjudian.

“Semua barang berkaitan kes perjudian membabitka­n mesin simulator, mesin jackpot, komputer dan komputer riba dilupuskan atas arahan mahkamah selepas selesai perbicaraa­n,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelupusan Barang Kes Mesin Perjudian di Padang kawad Pasukan Polis Marin Wilayah 1, di sini semalam.

Beliau berkata pelupusan barang kes elektronik atau e-sisa itu dilaksanak­an menerusi kaedah PeraturanP­eraturan Kualiti Alam Sekeliling ( buangan berjadual) 20015, mengikut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.

Thaiveegan berkata kaedah yang dilakukan hasil selian Jabatan Alam Sekitar itu lebih selamat, mesra alam dan mencegah pencemaran logam berat terhadap alam sekitar.

Sementara itu, seorang lelaki ditahan selepas membaling botol air dan mengeluark­an kata-kata kesat terhadap anggota imigresen yang menahan teman wanitanya dalam Ops Ikrar di sebuah pusat hiburan di Jalan Transfer, di sini awal pagi semalam.

Lelaki tempatan berusia 30-an itu naik angin selepas teman wanitanya warga Vietnam ditahan dalam operasi yang bermula jam 1 pagi dan berakhir kira-kira tiga jam kemudian, kata Ketua Bahagian Penguatkua­sa Imigresen Pulau Pinang Khwaja Banthey Navaz Mohd Hanief.

Beliau berkata dalam operasi itu, seramai 16 wanita warga Vienam dan Nigeria berusia 20 hingga 32 tahun yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (gro) ditahan.

Turut ditahan dua lelaki masing-masing warga Myanmar dan Thailand berusia 20-an kerana bekerja tanpa mempunyai sebarang dokumen perjalanan diri, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia