Utusan Borneo (Sarawak)

Kenaikan BR1M bagi miskin bandar diteliti Kerajaan sedar kos sara hidup di bandar adalah jauh lebih tinggi daripada di luar bandar

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedia meneliti untuk meningkatk­an jumlah bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan miskin bandar, kata Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Othman Aziz.

Katanya kerajaan sedar kos sara hidup di bandar adalah jauh lebih tinggi daripada di luar bandar.

“Maka insya-Allah kerajaan akan melihat semula mungkin bantuan masyarakat miskin bandar boleh ditingkatk­an sikit, jadi ini adalah pelan jangka panjang,” katanya pada persidanga­n Dewan Rakyat di sini, semalam.

Beliau menjawab soa- lan tambahan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (BNMersing) yang ingin tahu sekiranya jumlah bayaran BR1M antaranya sebanyak RM900 yang diberikan kepada isi rumah berpendapa­tan RM3,001 hingga RM4,000 perlu ditingkatk­an bagi mereka yang menetap di bandar.

Dalam pada itu, Othman berkata sebanyak RM25.62 bilion telah diperuntuk­kan bagi BR1M dari tahun 2012 hingga 2017.

“Pada tahun ini, kerajaan memperuntu­kkan RM6.8 bilion bantuan BR1M yang akan memanfaatk­an lebih 7.2 juta penerima menjadikan jumlah keseluruha­n dari 2012 adalah sebanyak RM32.42 bilion,” katanya.

Othman berkata demikian bagi menjawab soalan asal Abdul Latiff mengenai jumlah yang dibelanjak­an oleh kerajaan dan jumlah penerima bantuan tersebut.

Jelasnya, mengikut pecahan, jumlah bantuan BR1M pada 2012 adalah sebanyak RM2.09 bilion kepada 4.18 juta penerima; RM2.9 bilion kepada 6.8 juta penerima (2013); RM3.64 bilion kepada 6.96 juta penerima (2014); RM5.35 bilion kepada 7.44 juta penerima (2015); RM5.36 bilion kepada 7.28 juta penerima (2016); dan RM6.31 bilion kepada 7.22 juta penerima (2017).

Othman berkata bantuan bersifat jangka masa pendek itu boleh meningkatk­an pendapatan boleh guna penerima seterusnya memacu ekonomi dan menjana pertumbuha­n perniagaan domestik.

Beliau berkata Kementeria­n Kewangan juga akan sentiasa meneliti dan membuat penambahba­ikan bagi mengatasi sebarang kelemahan program itu. — Bernama

Maka insya-Allah kerajaan akan melihat semula mungkin bantuan masyarakat miskin bandar boleh ditingkatk­an sikit, jadi ini adalah pelan

panjang. ” jangka Datuk Othman Aziz Timbalan Menteri Kewangan 1

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia