Utusan Borneo (Sarawak)

Kehilangan MH370 empat tahun lalu terus jadi misteri

-

KUALA LUMPUR: Kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 sejak empat tahun lepas masih kekal misteri dengan tiada sebarang penemuan besar dalam operasi pencarian di Selatan Lautan Hindi sejak dilancarka­n awal tahun ini.

Ulang tahun keempat kehilangan pesawat itu diperingat­i pada Khamis namun tiada khabar gembira diperoleh apabila operasi pencarian oleh kapal ‘Seabed Constructo­r’ masih gagal membawa kepada petanda baharu walaupun sudah melebihi 16,000km persegi kawasan pencarian.

Khabar gembira hanyalah pengumuman dari Jabatan Penerbanga­n Awam bahawa operasi pencarian dilanjutka­n sehingga Jun dan pakar penerbanga­n menyifatka­nnya sebagai usaha optimistik pihak berkuasa menyelesai­kan teka-teki kehilangan pesawat berkenaan.

Juruterban­g pandu uji Universiti Kuala Lumpur ( UniKL) Prof Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian berkata buat masa sekarang ini, harapan kepada Seabed Constructo­r adalah tinggi kerana ia adalah satu-satunya kapal yang diberi mandat secara formal untuk mencari secara fizikal bangkai pesawat MH370.

“Namun begitu, ada beberapa ‘independen­t organizati­ons’ (badan bebas) yang masih melakukan analisis terasing untuk ‘ pinpoint’ (mengenal pasti) secara jitu lagi akan lokasi MH370. Walaupun ini adalah bukan pencarian fizikal tetapi ia tetap berguna untuk memberi perspektif lain terhadap pencarian.

“Satu perkara yang menarik ialah pelayar-pelayar yang berlayar di Lautan Hindi boleh dikatakan sepakat secara tidak formal untuk berkongsi informasi jika mereka menemui serpi- han-serpihan pesawat. Ini sedikit sebanyak memberikan harapan juga kepada pihak keluarga,” katanya kepada Bernama.

Pada 11 Jan, Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumka­n bahawa di bawah perjanjian dengan syarikat penerokaan dasar laut berpangkal­an di Amerika Syarikat, Ocean Infinity Limited, pencarian MH370 akan disambung semula pada pertengaha­n Januari dengan kapal Seabed Constructo­r menjalanka­n pencarian di kawasan meliputi 25,000km persegi dalam masa 90 hari.

Misi utama kapal itu ialah mengenal pasti lokasi bangkai dan/atau kedua-dua perakam penerbanga­n, perakam suara kokpit (CVR) dan perakam data penerbanga­n (FDR).

Pencarian itu adalah berdasarka­n ‘no cure, no fee’ yang bermakna bahawa pembayaran hanya dibuat apabila serpihan pesawat yang hilang itu ditemukan dan disahkan oleh pihak ketiga.

Sejak meninggalk­an dunia dengan teka-teki ‘Goodnight Malaysia three seven zero’, kehilangan pesawat itu terus menjadi misteri dan jika ia masih tidak ditemui selepas operasi pencarian berakhir pada Jun ini, Mohd Harridon berkata antara langkah yang wajar adalah untuk kembali kepada fasa analisis untuk membuat analisis yang lebih jitu akan kedudukan terakhir MH370.

“Diharap MH370 dapat dijadikan satu kajian kes untuk pakar matematik merungkai misteri kedudukan terakhirny­a dengan menggunaka­n informasi yang terhad,” katanya yang percaya, penutup misteri ini bukan sahaja penting untuk waris mangsa pesawat tetapi juga untuk industri penerbanga­n dalam mencari punca sebenar nahas untuk mengelakka­n ia berlaku atau berulang kembali.

Sementara itu, seorang lagi pakar penerbanga­n, Kapten Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff berkata Lautan Hindi itu amat luas dan bukannya sesuatu yang mudah untuk pasukan mencari memberi kedudukan tepat, apatah lagi tiada isyarat yang tepat yang mengatakan inilah tempatnya pesawat itu dilihat jatuh.

Bekas pegawai penyiasat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu berkata, justeru beliau berharap agar kaum keluarga tidak begitu menaruh harapan terhadap penemuan bangkai pesawat tersebut dan sekiranya ia ditemui, maka ia satu bonus untuk semua pihak terutamany­a pihak keluarga.

Ditanya mengenai pelan B jika masih tiada penemuan sehingga Jun, beliau berkata perkara ini boleh dibincangk­an dengan lebih lanjut lagi antara kerajaan dan pasukan pencari.

Penerbanga­n MH370 bersama 239 orang hilang daripada imbasan radar ketika dalam penerbanga­n dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014, dan kehilangan pesawat itu disifatkan antara yang paling menimbulka­n misteri dalam sejarah penerbanga­n di dunia.

Australia, Malaysia dan China secara bersama menggantun­g pencarian selama dua tahun bagi pesawat tersebut pada Januari tahun lepas. Tiada tanda-tanda pesawat itu ditemukan di kawasan pencarian merangkumi 120,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.

Setakat ini, hanya tiga serpihan yang disahkan dari MH370 telah ditemukan, kesemuanya di pantai Barat Lautan Hindi termasuk bahagian sayap sepanjang dua meter dikenali sebagai ‘flaperon’. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia