Utusan Borneo (Sarawak)

Dewan Rakyat kecoh isu berita palsu

-

KUALA LUMPUR: Sesi persidanga­n Dewan Rakyat semalam kecoh seketika dengan pertikaman lidah beberapa Ahli Parlimen berhubung penggubala­n akta baharu bagi menangani penyebaran berita palsu.

Kekecohan timbul ketika Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatang­an) membahaska­n usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata, penggubala­n akta itu penting memandangk­an mutakhir ini terdapat banyak penyebaran berita palsu terutama daripada pembangkan­g yang bertujuan mengeliruk­an rakyat.

“Mereka (pembangkan­g) hasut dan berbohong kepada rakyat, ceramah siang malam, sebar berita tidak tepat, saya percaya rakyat di luar sana tidak akan termakan dengan hasutan palsu mereka,” katanya.

Bung Moktar turut membidas pihak pembangkan­g yang berdiam diri apabila terpalit dengan isu tindakan kerajaan negeri Selangor menyerahka­n kembali tanah di mukim Ijok kepada dua syarikat pemaju yang kemudianny­a menjual tanah itu kepada pihak ketiga mengikut harga pasaran berjumlah RM1.18 bilion, selain isu projek mega terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.

Ahli Parlimen Kinabatang­an itu menafikan dakwaan pembangkan­g bahawa Malaysia sebuah negara muflis dengan memberi petunjuk ramai rakyat berkunjung ke luar negara tahun lalu.

Tian Chua (PKR-Batu), yang tidak berpuas hati, bangun mencelah dengan menyindir bahawa rakyat Malaysia semakin maju dengan memiliki kapal layar mewah yang dirampas di Indonesia.

“Inilah contoh pemimpin pembangkan­g yang suka sebar berita palsu. Mahkamah mana yang sahkan bahawa kapal ini milik rakyat Malaysia? Jabatan Kehakiman ( DoJ) Amerika Syarikat sampai hari ini (semalam) tidak boleh buktikan apa-apa. Tidak ada seorang pun dibawa ke mahkamah,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia