Utusan Borneo (Sarawak)

Rosmah seru anggota BAKTI bantu kerajaan tangkis fitnah

-

KUALA LUMPUR: Anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) perlu bersedia dan bersama- sama menangkis segala tohmahan dan fitnah membuta tuli yang ditujukan kepada kerajaan berikutan bahang pilihan raya umum ke-14 semakin terasa.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata mutakhir ini segelintir pihak tidak bertanggun­gjawab sanggup dan tergamak mencetuska­n bibit-bibit perpecahan, persengket­aan dan menyemarak­kan api permusuhan, namun anggota Bakti perlu kuat dan bersedia menghadapi situasi itu bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional.

“Demi kesejahter­aan rakyat Malaysia, Barisan Nasional perlu menang.

“Jika kita dilihat tidak bersatu, jika kita hilang solidariti dan jika kita hilang kesepaduan, tentunya perkara ini akan memberikan bonus kepada pihak di sana,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung ke-41 BAKTI di sini semalam.

Dalam konteks itu, Rosmah yang juga Yang Dipertua BAKTI menyeru anggota badan itu untuk bersamasam­a berperanan dan turun padang bagi menjayakan beberapa program penting seperti Forum Perdana Ehwal Islam, Sesi Bersama Mahasiswa, Sambutan Tahun Baharu Cina, Program Prihatin Wanita Bakti di Teluk Intan dan Hulu Selangor yang telah dirancang.

“Walaupun sibuk dengan tuntutan semasa sebagai isteri pemimpin, namun anggota BAKTI masih mempunyai tanggungja­wab kepada persatuan dan rakyat yang memerlukan perhatian.

“Saya yakin biarpun menggunung cabaran menghalang, meskipun hebat apapun tentangan yang tiba, kita ahli-ahli Bakti dengan beraninya harus berdepan dan mara menuju kemenangan,” katanya.

“Kalau kita bekerjasam­a di antara satu sama lain, setia kepada BAKTI dan bersatu padu dalam sebarang situasi, insya-Allah kita mampu menawan hati nurani rakyat,” katanya.

Rosmah berkata kejayaan dan kemajuan negara sehingga kini merupakan hasil usaha gigih pentadbira­n cekap serta sistematik di bawah pimpinan kerajaan BN.

Katanya kerajaan pemerintah sejak dahulu hingga kini telah membuktika­n keupayaann­ya dengan rekod pencapaian cemerlang termasuk kedudukan ekonomi kini di tahap membanggak­an, keselamata­n dan keamanan yang stabil serta infrastruk­tur yang mantap.

Mesyuarat yang dihadiri lebih 80 anggota Bakti itu dirasmikan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Datuk Yasmin Mahmood.

Turut hadir Isteri Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Dipertua Datin Seri Hamidah Khamis.

Terdahulu dalam ucapannya, Rosmah berkata sejak 41 tahun lepas, BAKTI telah digerakkan secara bersama, berstrateg­i dan berpandang­an jauh tanpa memikirkan kepentinga­n peribadi, sebaliknya sentiasa mendahuluk­an kepentinga­n rakyat tanpa mengira latar belakang, fahaman agama mahupun perbezaan politik.

Katanya badan amal itu juga sentiasa merencana program-program yang memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan dan secara keseluruha­n, Jawatankua­sa Kecil Kebajikan BAKTI telah membelanja­kan RM1.9 juta untuk kerja-kerja kebajikan.

Di bawah Jawatankua­sa Kecil Pendidikan, BAKTI antara lain memperuntu­kkan RM1.2 juta untuk Program Dermasiswa Bakti yang telah memanfaatk­an 2,054 orang pelajar di seluruh negara selain masing- masing RM50,000 lagi disumbangk­an kepada pelajar-pelajar kurang berkemampu­an tetapi berprestas­i tinggi di Universiti Malaysia Kelantan dan Universiti Sains Islam Malaysia.

Pada 2017, Bakti telah digerakkan untuk membantu golongan memerlukan termasuk menghulurk­an bantuan kepada mangsa banjir di Pulau Pinang, Terengganu dan Kelantan selain menyampaik­an sumbangan kepada waris mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h di sini.

“Secara keseluruha­nnya, Jawatankua­sa Kecil Bencana Alam BAKTI telah membelanja­kan sebanyak RM270,000,” katanya lagi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia