Utusan Borneo (Sarawak)

Hentikan kempen menghina etnik Bugis, kata PPBMI

-

JAKARTA: Perhimpuna­n Pemuda Bugis Makassar Indonesia (PPBMI) berharap anggota politik tertentu di Malaysia tidak memperguna­kan isu etnik Bugis dalam kempen meraih sokongan atau undi menjelang Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14.

Ketua Umum PPBMI Arwin Welhalmina berkata parti- parti politik tertentu di Malaysia harus sedar bahawa memperguna­kan isu itu dalam kempen mereka hanya akan memberi kesan buruk kepada hubungan Malaysia dan Indonesia.

“Harapan kami agar stigma negatif yang wujud susulan daripada insiden ucapan ( bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad tempoh hari mengenai etnik Bugis tidak berulang lagi dalam usaha menjamin kelangsung­an hubungan baik keduadua negara.

“Elemen etnik tidak boleh dieksploit­asi dalam mana-mana pentas politik,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim di sini semalam.

PPBMI merupakan badan bukan kerajaan ( NGO) yang memiliki 11 cawangan menghimpun­kan sekitar 2,000 anggota dari kalangan orang muda etnik Bugis di seluruh Indonesia.

Dr Mahathir ketika berucap pada perhimpuna­n 14 Oktober tahun lepas mengaitkan keturunan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai keturunan ‘lanun Bugis’.

Arwin sebelum ini turut mendesak Dr Mahathir memohon maaf dan menarik balik kenyataann­ya itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia