Utusan Borneo (Sarawak)

Kelemahan perlu dikupas, diterangka­n agar rakyat tidak terus tertipu

-

RASA: Pembinaan bangunan baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Rasa di sini adalah antara bukti bahawa kerajaan pusat menghormat­i kewujudan sekolah aliran Cina dalam sistem pendidikan negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata kerajaan Barisan Nasional (BN), yang ditunjangi UMNO, sentiasa menepati janjinya kepada rakyat terutama dalam soal memenuhi keperluan pendidikan sekolah Cina di negara ini.

Semasa merasmikan bangunan baharu sekolah berusia 80 tahun yang terletak dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor itu, beliau berkata pembinaan bangunan itu adalah yang sangat baik kualitinya.

“Menang saja calon BN peringkat Parlimen pada 25 April, 2010 (Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor), dan pada 28 April 2010, saya umumkan peruntukan RM3 juta (untuk bina bangunan). Kita (BN) sebagai sebuah kerajaan sentiasa menepati janji,” katanya dalam ucapan ringkas semasa melawat sekolah itu.

Bangunan baharu SJKC Rasa yang menempatka­n 332 murid itu terletak kira-kira tiga kilometer dari lokasi asalnya di Kampung Chuang, Rasa. Kos keseluruha­n bangunan baharu SJKC Rasa adalah sebanyak RM5.4 juta iaitu RM3 juta sumbangan kerajaan pusat dan bakinya dibiayai hasil kutipan pihak sekolah.

Dalam lawatan selama 45 minit ke sekolah itu, perdana menteri turut meluluskan peruntukan RM400,000 bagi menaik taraf jalan raya di Persimpang­an Rasa, Jalan 1 Batu 53 rentetan aduan penduduk berhubung kemalangan yang sering berlaku di kawasan berkenaan.

Terdahulu, sekumpulan wakil penduduk setempat menyerahka­n memorandum yang mengandung­i tandatanga­n penduduk memo- hon sistem lampu isyarat diadakan di persimpang­an itu dan pelebaran jalan dilakukan bagi melancarka­n aliran trafik.

Beliau berkata memorandum itu diserahkan kepada Ketua Pengarah Jabatan Pembanguna­n Persekutua­n (ICU) di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof untuk tindakan segera.

Perdana menteri berkata dana yang diluluskan serta-merta itu menunjukka­n betapa kerajaan BN prihatin dengan rintihan rakyat berbeza dengan pembangkan­g seperti DAP, yang sebelum ini berjanji menyelesai­kan masalah itu tetapi tidak menunaikan­nya.

“Inilah bezanya bahawa kita (BN) sentiasa tunaikan janji kita. Saya harap semua meletakkan kepercayaa­n kepada kerajaan, (dan) parti yang sentiasa menepati janji bagi terus membela masa depan mereka,” kata Najib. — Bernama ULU YAM BAHARU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahka­n masalah bekalan air dan kos harga rumah tinggi antara lima kelemahan besar yang gagal ditangani kerajaan Pakatan pembangkan­g di Selangor.

Selain itu, berdasarka­n kajian yang dilakukan, beliau berkata kelemahan lain kerajaan negeri ialah mengenakan cukai yang membebanka­n rakyat negeri ini, pengurusan sampah yang lemah dan gagal menguruska­n sungai dengan baik sehingga membawa kepada peningkata­n penyakit berjangkit.

“...air gagal diuruskan oleh kerajaan negeri, tengok sahaja pembangkan­g di Kelantan kita (kerajaan pusat dan kerajaan negeri) boleh uruskan air tetapi di sini (Selangor) mereka utamakan politik, bukan hal rakyat.

“SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd) memaklumka­n ada enam daerah yang kritikal, cemas, ibarat telur di hujung tanduk, sebab bekalan air lemah, kualiti semakin teruk, tekanan rendah, bil kelam-kabut dan khidmat servis tidak baik…inilah kisah pentadbira­n air di Selangor,” katanya ketika melancarka­n jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) Selangor di Dataran Kampung Sungai Chik di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi BN Selangor yang juga Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar, Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden MIC yang juga Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramania­m dan Ketua Wanita BN Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Hadir sama, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Karim, ahli Parlimen Hulu Selangor Datuk P. Kamalanath­an, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan dan Adun Hulu Bernam Datuk Rosni Sohar.

Berucap di hadapan kira-kira 5,000 jentera dan

...air gagal diuruskan oleh kerajaan negeri, tengok sahaja pembangkan­g di Kelantan kita (kerajaan pusat dan kerajaan negeri) boleh uruskan air tetapi di sini (Selangor) mereka utamakan politik, bukan hal rakyat. Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri

penyokong BN Selangor, Najib yang juga Presiden UMNO dan pengerusi BN berkata lima kelemahan tersebut perlu dikupas dan diterangka­n kepada rakyat agar mereka tidak terus tertipu dengan janji pembangkan­g.

Beliau memberi jaminan semua kelemahan tersebut boleh diselesaik­an oleh BN sekiranya ia berjaya mendapatka­n semula kuasa politik di negeri ini.

Dalam pada itu, perdana menteri berkata untuk pengurusan Lembah Klang yang merangkumi Kuala Lumpur dan Selangor ia mesti dilaksanak­an secara bersepadu di bawah satu pentadbira­n kerajaan iaitu kerajaan BN.

Katanya, pentadbira­n Kuala Lumpur dan Selangor tidak boleh diasingkan kerana kebanyakan projek pembanguna­n seperti Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) melibatkan kedua-dua kawasan ini.

“Selangor dan Kuala Lumpur tidak boleh diasingkan. Jangan fikir bahawa masa depan negara kita diuruskan dengan baik kalau kita nak buat Selangor lain Kuala Lumpur lain, tidak boleh. Kena bawah satu kerajaan, kerajaan BN,” katanya.

Najib mengingatk­an BN Selangor supaya menguatkan azam, menanam tekad serta memberi tumpuan sepenuhnya untuk menawan semula negeri itu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Tegas beliau, untuk berjaya dalam perjuangan itu, semua parti komponen BN mesti bersatu hati dan ‘menghapusk­an penyakit bergaduh sesama sendiri’ yang menurutnya merupakan punca kegagalan BN menawan semula negeri ini pada PRU lepas.

“Kita mesti anggap kalau UMNO menang, BN menang. Kalau MCA menang, BN menang. Kalau MIC menang, BN menang dan kalau parti komponen lain menang, BN menang.

Jangan bergaduh sesama kita. Soal siapa jadi wakil kita terima asalkan dia BN, calon pun kita jangan boikot dan sabotaj. Ini bukan lagi masanya kalau kita buat begitu akan berlaku tiga kali (gagal mendapatka­n Selangor). Kita tidak mahu tiga kali, dua kali sudah cukup. Jangan berlaku tiga kali,” katanya.

Dalam ucapannya, perdana menteri turut merakamkan ucapan takziah kepada ahli Dewan Undangan Negeri Batang Kali yang juga Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan atas pemergian ibunya, Hadiah Shafie yang meninggal dunia pada usia 90 tahun kerana sakit tua awal pagi semalam.

Najib turut memuji semangat Mat Nadzari yang tetap hadir pada majlis pelancaran itu sebagai tanda komitmen terhadap BN meskipun baharu kehilangan ibunya.

Selepas melancarka­n jentera pilihan raya, perdana menteri turut merasmikan prapelanca­ran Manifesto BN Selangor untuk PRU14 sebelum menyertai majlis Jamuan Rakyat yang dihadiri oleh jentera dan penyokong parti di lokasi sama. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MERIAH: Najib (tengah) disambut para jentera Barisan Nasional pada majlis Jamuan Rakyat dan merasmikan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional Negeri Selangor di Tapak Pasar Malam Sungai Chik Ulu Yam di Hulu Selangor semalam.
— Gambar Bernama MERIAH: Najib (tengah) disambut para jentera Barisan Nasional pada majlis Jamuan Rakyat dan merasmikan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional Negeri Selangor di Tapak Pasar Malam Sungai Chik Ulu Yam di Hulu Selangor semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia