Utusan Borneo (Sarawak)

BN Pahang optimis kekal kemenangan pada PRU14

-

KUANTAN: Barisan Nasional (BN) Pahang optimis dapat mengekalka­n kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) berdasarka­n usaha yang dilakukan atas prinsip kerjasama.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata pendekatan secara bersama yang dilakukan BN Pahang termasuk pelaksanaa­n program ‘Get Out The Votes’ juga mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada lawatannya ke sini baru-baru ini.

Katanya, Ahmad Zahid semasa itu menyifatka­n BN Pahang sebagai negeri terbaik dalam pelaksanaa­n program tersebut, daripada 10 negeri yang pernah dilawatiny­a. “Apa yang berlaku di Pahang ialah kita bukan bekerja sebagai satu pasukan, tetapi sebagai satu keluarga. Tidak ada masalah antara pengerusi perhubunga­n dengan yang lain-lain.

Tidak ada siapa hendak tunjuk kuasa dan sebagainya... semua bekerja macam adik-beradik dan itu kekuatan kita,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Pangkalan Udara Kuantan di sini semalam.

Turut hadir Komander Pangkalan Kolonel Wan Amin Wan Mahmud, Setiausaha kerajaan negeri Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan anggota mesyuarat kerajaan negeri Pahang.

Adnan berkata di Pahang, antara perkara yang diberi penekanan ialah isu kenaikan harga barang yang mana BN Pahang memastikan rakyat mendapat pemahaman yang tepat mengenai usaha kerajaan untuk mengatasin­ya.

“Rakyat sudah cerdik dan terpulang kepada mereka untuk membuat penilaian dengan maklumat tepat yang mereka peroleh. Kita harap rakyat tidak mudah terperdaya dengan benda tak tepat yang fitnah tapi disebabkan lebih menarik orang terus percaya.

“Ini benda yang tak seronok kerana kita seakan- akan mundur bila percaya kepada perkara tak benar. Rakyat perlu bijak dan selidik dahulu apa berita yang mereka dengar sebelum membuat keputusan,” katanya.

Mengulas lawatan itu, Adnan berkata ia sebahagian daripada tindakan kerajaan negeri mengukuhka­n hubungan dengan pelbagai agensi dan jabatan di Pahang, selain berpeluang mendengar permasalah­an yang dihadapi.

“Saya turut meluluskan peruntukan RM30,000 untuk Tabung Kebajikan TUDM Kuantan dan sumbangan sebanyak RM5,000 bagi seorang guru di tadika di sini yang rumahnya musnah dalam kebakaran,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia