Utusan Borneo (Sarawak)

Tindakan DoJ rampas Equanimity menyalahi perlembaga­an

-

KUALA LUMPUR: Tindakan pihak berkuasa Indonesia merampas kapal layar mewah Equanimity atas permintaan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat minggu lepas mencacatka­n integriti mahkamah Amerika serta melanggar perlembaga­an negara kuasa besar itu, kata seorang peguam kanan semalam.

Quintin Rozario, peguam cara kelahiran Malaysia berpejabat di Brisbane, Australia, berkata sepanjang beberapa bulan lepas, banyak pengulas dan pengkritik menyuaraka­n keprihatin­an mereka berhubung Akta Perlucutha­kan Sivil yang digunakan DoJ bagi menghalalk­an tindakan merampas kapal mewah itu, yang dikatakan milik ahli perniagaan Malaysia Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

Beliau memberitah­u Bernama bahawa walaupun Perlembaga­an Amerika adalah berlandask­an prinsip kesamarata­an dan keadilan, yang diguna pakai dalam melaksanak­an dan menguatkua­sakan semua undangunda­ngnya, tetapi Akta Perlucutha­kan “kini diguna pakai secara terang-terangan sebagai alat untuk menindas dan melancarka­n perang saraf ekonomi oleh satu demi satu pentadbira­n Amerika bagi mencapai kehendak mereka terhadap negara lebih kecil”.

Rozario juga menyokong pendapat Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak bahawa DoJ tidak menunjukka­n sebarang ‘bukti’nyata’ Jho Low adalah pemilik kapal mewah yang dirampas di Bali pada 28 Februari itu sebagai sebahagian daripada penyiasata­n DoJ, yang bermula pada 2016, terhadap 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

“DoJ belum membuktika­n walau satu pun daripada dakwaannya di mahkamah keadilan, walaupun sudah hampir dua tahun berlalunya sidang akhbar sensasi yang diadakanny­a pada Julai 2016,” kataSalleh.

Rozario berkata: “Hakikatnya ialah DoJ mahu merampas harta milik individu tertentu yang dikatakan telah menipu 1MDB, tetapi bukan harta 1MDB sendiri. Alasan itu sendiri adalah sesuatu yang meragukan sekiranya seseorang itu mengambil kira bahawa 1MDB bukanlah pihak yang membuat aduan terhadap individu berkenaan dan tidak pernah langsung mengemukak­an sebarang aduan.

“1MDB adalah satu-satunya pihak yang mempunyai kedudukan di sisi undangunda­ng untuk mengemukak­an aduan dan mengambil tindakan untuk mendapatka­n kembali asetnya dalam keadaan seperti itu.”

Peguam itu berkata walaupun mengikut akta berkenaan, adalah memadai bahawa dengan mengesyaki seseorang defendan telah melakukan jenayah dan mengaitkan antara harta yang dirampas itu dengan perlakuan kesalahan jenayah bagi mewajarkan tindakan perlucutha­kan diambil, tetapi hanya mahkamah keadilan yang mempunyai kuasa untuk memutuskan sama ada sesuatu jenayah telah dilakukan.

Rozario menyifatka­n Akta Perlucutha­kan Sivil sebagai ‘undang-undang yang tidak baik’ dan kata beliau, sesebuah negara bertamadun tidak sepatutnya membenarka­n ia dikuatkuas­akan atau memberi kerjasama dengan melaksanak­an peruntukan undang-undang itu di wilayah mereka.

Sejurus selepas kapal mewah itu dirampas, Jho Low segera mengeluark­an kenyataan yang menyelar DoJ kerana melakukan ‘ global outreach’ serta mendakwa beliau telah menjadi mangsa dalam penganiaya­an politik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia