Utusan Borneo (Sarawak)

Ronaldo, Casemiro tamatkan sebarang kebangkita­n PSG

Real Madrid mengesahka­n kemaraan ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara dengan kemenangan 5-2 secara agregat

-

PARIS, Perancis: Cristiano Ronaldo dan Casemiro menjaringk­an gol untuk Real Madrid ketika juara bertahan kejohanan menewaskan Paris Saint Germain ( PSG) 2- 1 di Parc des Princes dan mengesahka­n kemaraan ke peringkat suku akhir Liga Juara- Juara Selasa lepas.

Ronaldo menjaringk­an dua gol – termasuk gol ke- 100 bersama Real di Eropah – ketika menang 3- 1 pada perlawanan pertama di Madrid bulan lepas dan menambah koleksi gol pada awal separuh masa kedua Selasa lepas, sekali gus menamatkan sebarang kebangkita­n PSG.

Edinson Cavani mengikat kedudukan buat PSG tetapi keadaan menjadi lebih buruk buat PSG apabila Marco Verratti dibuang padang sebelum Casemiro menjaringk­an gol kemenangan lewat untuk keputusan akhir 5- 2 secara agregat.

“Kami bermain dengan baik dari awal, menyerang dengan serius. Ia satu perlawanan sempurna. Ia bukan mudah untuk datang ke sini ( Parc des Princes) dan bermain dengan baik,” kata jurulatih Real, Zinedine Zidane.

PSG tidak kelihatan mampu mengubah nasib mereka dengan ketiadaan Neymar, yang mengalami kecederaan dan penyingkir­an mereka dari pertanding­an tidak mengejutka­n selepas kekalahan pada perlawanan pertama.

“Perlawanan pertama menamatkan saingan. Kami semua kecewa kerana semuanya tidak seperti yang diharapkan,” kata pemain PSG, Adrien Rabiot.

“Kami mengawal permainan dengan baik dalam separuh masa pertama tetapi gagal menjaringk­an gol untuk meningkatk­an harapan kami dan sebaik sahaja kehilangan seorang pemain, semuanya menjadi mustahil.”

Ketika mereka tersingkir, Real terus menggapai impian menjadi pasukan pertama sejak lebih dari 40 tahun yang memenangi tiga kejuaraan Piala Eropah berturut- turut.

Setahun selepas tewas teruk pada perlawanan kedua menentang Barcelona, juga di pusingan kedua apabila kalah 1- 6 walaupun menang 4- 0 pada perlawanan pertama, PSG berharap untuk melakukan satu kebangkita­n luar biasa kali ini. Namun, tanpa pemain paling mahal di dunia, Neymar, yang kembali ke Brazil untuk menjalani pemulihan ekoran pembedahan untuk kecederaan retak tulang tapak kaki, mereka bergelut mencipta peluang dan malam itu juga akan diingati kerana kebodohan beberapa penyokong kelab.

Bunga api dinyalakan beberapa kali di satu kawasan tempat duduk, ada yang menyebabka­n permainan terhenti seketika dan PSG dijangka akan menerima hukuman dari badan induk bola sepak Eropah ( UEFA) kerana insiden ini.

Tanpa Neymar, ia adalah peluang terbesar Angel Di Maria untuk menyerlah selepas beliau hanya memanas bangku simpanan pada perlawanan pertama tetapi tiada apa yang meyakinkan dari pemain antarabang­sa Argentina itu ketika menentang bekas kelabnya.

PSG hanya menguji penjaga gol Real, Keylor Navas sekali dalam separuh masa pertama dengan cubaan K y l ia n Mbappe pada minit ke- 43.

Berbeza dengan penjaga gol PSG, Alphonse Areola menepis dua cubaan dari Sergio Ramos dan Karim Benzema sebelum rehat.

Selepas mempunyai satu peluang awal, Ronaldo akhirnya memecah kebuntuan dengan gol minit ke51 dari hantaran lintang Lucas Vazquez untuk gol ketiga beliau pada per- lawanan pusingan kedua ini.

Keadaan lebih buruk buat PSG apabila Verratti dibuang padang pada pertengaha­n separuh masa kedua selepas menerima kad kuning kedua kerana membantah keterlalua­n keputusan pengadil. Pemain gantian, Javier Pastore, bagaimanap­un mengikat kedudukan buat PSG pada mini tke- 71 tetapi satu lagi kealpaan di benteng pertahanan membolehka­n Real menjaringk­an gol pendahulua­n 21 ketika berbaki 10 minit permainan. R e al boleh m enambah lagi jaringan tetapi cubaan Marco Asensio dan Isco terkena palang. — AFP

Kami bermain dengan baik dari awal, menyerang dengan serius. Ia satu perlawanan sempurna. Ia bukan mudah untuk datang ke sini (Parc des Princes) dan bermain dengan baik. Zinedine Zidane Jurulatih Real Madrid

 ?? — Gambar Reuters — Gambar Reuters ?? Casemiro (kiri) mengasak Cavani (tengah) sambil diekori rapat oleh Raphael Varane ketika beraksi pada perlawanan di Parc des Princes, Paris pada Selasa lepas. TUGAS SELESAI: Ronaldo meraikan kejayaan Real melangkah ke peringkat suku akhir Liga Juara...
— Gambar Reuters — Gambar Reuters Casemiro (kiri) mengasak Cavani (tengah) sambil diekori rapat oleh Raphael Varane ketika beraksi pada perlawanan di Parc des Princes, Paris pada Selasa lepas. TUGAS SELESAI: Ronaldo meraikan kejayaan Real melangkah ke peringkat suku akhir Liga Juara...
 ??  ?? SEKAT:
SEKAT:
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia