Utusan Borneo (Sarawak)

Liverpool tamatkan penantian sembilan tahun mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara

-

LIVERPOOL, England: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menegaskan perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara adalah selayak untuk pasukannya selepas menamatkan penantian sembilan tahun untuk melangkah ke suku akhir Selasa lepas.

Walaupun hanya akur dengan keputusan seri tanpa jaringan pada perlawanan kedua pusingan kedua kejohanan di Anfield, Liverpool menang mudah 5-0 secara agregat selepas kemenangan bergaya di Porto tiga minggu lepas.

“Ia berasa sangat bagus,” kata Klopp, yang hanya pada musim penuh kedua sebagai pengurus Liverpool.

“Secara jujurnya tahu ini kami selayaknya di sini (suku akhir), ia bukan satu kejutan besar.

“Pusingan seterusnya adalah sukar, tujuh pasukan lain sangat bagus, mungkin empat daripada mereka dari England, , yang menjadikan keadaan lebih sukar. kar.

“Saya fikir kami mempunmpun­yai satu peluang eluang untuk melangkah ke separuh akhir. Kami ami akan mengharung­inya runginya satu persatu rsatu dan malam ini ni ia sangat hebat.” t.”

D e ng a n tugas sudah dilaksanak­an di Portugal, Kl Klopp d dapat memulakan perlawanan dengan penyerang utama, Mohamed Salah dan pemain rekod perpindaha­n kelab, Virgil van Dijk, di bangku simpanan kerana satu per perhatian kepada perlawanan p penting menentan menentang Manchester U United dalam Lig Liga Perdana In Inggeris Sabtu ini. “Sekaran “Sekarang kami boleh membuat persediaan untuk m menentang Manchester United. Saya tidak sabar,” tambah Klopp. Liverpool beraksi memberangs­angkan di Eropah musim ini tetapi mereka ke- lihatan sukar mencari ruang dengan Klopp melakukan lima pertukaran dari skuad yang menewaskan Newcastle United dalam liga hujung minggu lepas.

Mereka mengambil masa 17 minit untuk menguji penjaga gol Porto apabila hantaran lintang Joe Gomez kepada Sadio Mane, sedikit tinggi dari palang gol.

Mane mempunyai satu lagi peluang tetapi rembatan beliau dari umpanan James Milner terkena palang gol.

Dejan Lovren juga tidak bernasib baik apabila rembatanny­a sedikit tersasar ketika Liverpool meningkatk­an asakan.

“Mungkin jika anda seri di gelanggang lawan dan menang di tempat sendiri, suasananya berbeza,” kata Klopp ketika merujuk suasana kurang meriah di Anfield.

“Tetapi pencapaian lebih penting pada pusingan seterusnya dan kami melakukann­ya dengan selesa,”

Penjaga gol veteran Porto, Iker Casillas, menerima tepukan hormat dari penyokong Liverpool di zon tempat duduk belakang gawang gol selepas rehat apabila mencipta rekod penampilan ke-167 dan kemungkina­n yang terakhir dalam Liga Juara-Juara.

“Saya fikir beliau bermain lebih banyak dari keseluruha­n skuad kami,” kata Klopp.

“Saya tidak berkata berapa tahun tetapi saya fikir beliau sememangny­a mahu terus bermain.”

Roberto Firmino mempunyai satu peluang menjaringk­an gol ketujuh beliau dalam Liga Juara-Juara tetapi rembatanny­a di hadang kapten pasukan, Felipe sebelum dikeluarka­n dan diganti Danny Ings.

Salah dimasukkan pada 15 minit terakhir untuk menggantik­an Mane dan mempunyai satu peluang untuk menjaringk­an gol pada perlawanan kelapan berturut-turut tetapi rembatanny­a diselamatk­an Casillas, yang turut menepis cubaan Ings dua minit sebelum tamat permainan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TIDAK BERI RUANG: Salah (tengah) dikawal ketat oleh dua pemain pertahanan Porto ketika beraksi pada perlawanan di Anfield, Liverpool pada Selasa lepas.
— Gambar AFP TIDAK BERI RUANG: Salah (tengah) dikawal ketat oleh dua pemain pertahanan Porto ketika beraksi pada perlawanan di Anfield, Liverpool pada Selasa lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia