Utusan Borneo (Sarawak)

Gundogan percaya memenangi kejuaraan liga lebih awal boleh jejaskan kempen City di peringkat Eropah

-

LONDON, England: Pemain tengah Manchester City, Ilkay Gundogan percaya memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris lebih awal bukan sesuatu yang bagus untuk cita-cita kelab dalam pertanding­an Liga Juara- Juara kerana sebarang penurunan keazaman boleh menjejaska­n kempen mereka di Eropah.

City, yang memenangi trofi Piala Liga Inggeris bulan lepas, memerlukan sekurangku­rangkurang­nya empat lagi agi kem enangan dari baki sembilan perlawanan untuk m e n g esahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris Inggeris.

“Saya tidak tahu jika ia adalah bagus untuk memenangi kejuaraan liga lebih awal,” kata Gundogan ketika memberitah­u wartawan. “Sememangny­a kami mahu menang dan jika kami melakukann­ya, bila ia berlaku, ia bukan di tangan kami.

“Tetapi anda memerlukan rentak, dan untuk sentiasa bermain serius. Anda seharusnya sentiasa cuba bermain dengan serius. Jika anda dapat memenangi liga dengan agak awal, anda mungkin boleh hilang keseriusan untuk Liga Juara-Juara.”

“Saya tidak tahu jika ia sesuatu yang baik tetapi kami akan menerima apa yang berlaku.”

City memiliki kelebihan 4-0 dari perlawanan pertama menjelang perlawanan kedua pusingan kedua Liga Juara- Juara menentang Basel.

Gundogan mengakui City meningkat dengan mendadak pada musim kedua G Guardiola tetapi berkata mer mereka mem merlukan ke putus san menentang kelab elit Eropah untuk mengukur per kembang bangan pasukan. “Kami masih dalam satu perjalanan,” tambah beliau. “Kami belum di kedudukan yang kami mahukan tetapi kami berasa gembira dengan apa yang berlaku ketika ini. Kami mempunyai lebih banyak potensi untuk dicapai.

“Kerana kami bermain dengan agak baik, semua orang mahu meletakkan kami di tahap yang sama seperti Barcelona atau Bayern Munich. Kami mahu bersedia jika menentang mereka.” — Reuters

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia