Utusan Borneo (Sarawak)

Maxxius sasar terus memburu pingat emas MSSM di Selangor bulan ini

-

LIMBANG: Maxxius Philip yang meraih pingat emas pada Kejohanan Olahraga Australia Barat di Perth, Australia baru-baru ini menyasar untuk terus memburu emas pada Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) di Selangor, bulan ini.

Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Patiambun itu berkata, latihan intensif diteruskan sebaik tiba di Limbang, pagi semalam.

Beliau yang mengharumk­an nama negara akan memburu pingat emas dalam acara sama pada kejohanan di Selangor dari 10 Mac hingga 27 April dan akan bersambung untuk acara berikutnya dari 5 hingga 10 Ogos.

Maxxius berkata, disiplin tinggi dan bijak membahagi masa di antara akademik dan sukan adalah rahsia kejayaan sehingga beliau melakar nama di peringkat antarabang­sa.

“Kejayaan ini adalah hasil disiplin tinggi selain latihan berterusan yang dijalankan lima kali seminggu,” katanya.

Ketibaan beliau disambut meriah oleh ahli keluarga, warga sekolah dan rakanrakan.

Turut hadir ialah wakil pengetua sekolah Saadi Hamid, wakil Pegawai Pendidikan Daerah Limbang Jelia Meleyu, jurulatihn­ya Pelebius John dan wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Alizeh Mulkeh.

Pada kejohanan di Australia, Maxxius meraih satu pingat emas dalam acara 100 meter lari berpagar, manakala untuk acara 300 meter lari berpagar beliau mendapat perak.

Kejayaan pada kejohanan yang berlangsun­g dari 2 hingga 4 Mac itu dikongsika­n oleh Kementeria­n Pendidikan dalam laman sosial rasminya.

 ??  ?? BURU EMAS: Maxxius (memakai pingat) bersama ahli keluarga dan warga SMK Seri Patiambun ketika tiba di Limbang semalam.
BURU EMAS: Maxxius (memakai pingat) bersama ahli keluarga dan warga SMK Seri Patiambun ketika tiba di Limbang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia