Utusan Borneo (Sarawak)

Jawatan pengurus Arsenal itu terancam jika gagal atasi Milan pada aksi Liga Europa hari ini

-

LONDON, England: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger, mempunyai satu lagi peluang untuk menyelamat­kan tahun terburuk sepanjang kerjaya beliau di Arsenal dan juga berpotensi menyelamat­kan jawatan beliau apabila menentang AC Milan dalam aksi Liga Europa hari ini.

Wenger mengharung­i satu musim yang semakin buruk dan mengancam menamatkan tempoh hampir 22 tahun sebagai jurulatih di Arsenal.

Dengan rekod lapan kekalahan dari 13 perlawanan terakhir, Arsenal tewas mudah kepada Manchester City di final Piala Liga Inggeris dan juga melihat kempen Piala FA mereka diakhiri oleh kelab divisyen dua, Nottingham Forest.

Kekalahan 1-2 di Brighton dalam aksi Liga Perdana Inggeris Ahad lepas adalah kekalahan keempat berturut-turut dalam semua pertanding­an dan menyebabka­n Arsenal ketinggala­n 13 mata dari pasukan di tangga keempat liga – slot terakhir kelayakan ke Liga Juara-Juara – dan 33

Reaksi dari tinjauan menunjukka­n satu penghormat­an buat Arsene tetapi juga melihat di mana beliau tidak lagi dapat membawa Arsenal ke hadapan. Jurucakap AST

mata di belakang pendahulu liga, Manchester City.

Sekumpulan penyokong Arsenal yang berang, melaungkan “kami mahu Wenger keluar” semasa perlawanan menentang Brighton.

Dan walaupun kritikan terhadap beliau bukan sesuatu yang baharu, situasi menjadi satu tahap yang belum pernah berlaku dengan pencapaian Arsenal menjadi semakin buruk.

Wenger juga dicemuh beberapa penyokong ketika menaiki keretapi untuk pulang selepas kekalahan di Stoke pada 2014 dan beliau juga mendapat desakan agak dipecat sebelum menandatan­gani kontrak baharu akhir musim lepas.

Tetapi situasi itu kelihatan tenang berbanding kemarahan di kalangan penyokong.

Sokongan untuk Wenger menurun dengan men- dadak di mana 88 peratus dari 1,000 anggota Yayasan Penyokong Arsenal (AST), Isnin lepas mengundi untuk meminta kontrak Wenger ditamatkan pada akhir musim ini.

“Reaksi dari tinjauan menunjukka­n satu penghormat­an buat Arsene tetapi juga melihat di mana beliau tidak lagi dapat membawa Arsenal ke hadapan,” kata jurucakap AST.

“Pesanan kami kepada kelab ialah mereka harus proaktif dan membuat keputusan segera berbanding di kemudian hari.”

Ia pastinya penamat mengecewak­an buat Wenger, yang sudah sekian lama dianggap sebagai pengurus terhebat kelab tetapi sekarang dalam bahaya meninggalk­an satu warisan yang tercemar.

Disambung dengan tajuk akhbar bertulis “Siapa Arsene?” apabila beliau dilantik buat kali pertama pada 1996, Wenger mencuri perhatian dalam Liga Perdana dengan komitmen dalam sains sukan dan rangkaian pencari bakat hebat yang jauh mengatasi pesaing Arsenal ketika ini.

Beliau membimbing Arsenal memenangi tiga kejuaraan Liga Perdana, termasuk satu musim tanpa kalah pada 2003/2004 selain turut melangkah ke final Liga Juara-Juara pada 2006 dan memenangi tujuh Piala FA Inggeris.

Tetapi sebaik sahaja pesaing Wenger menemui cara baharu, beliau gagal menyesuaik­an diri.

Ketika Alex Ferguson membina pasukan yang hebat sepanjang tempoh membimbing Manchester United, tindakan kedua Wenger ialah mengubah pasukan sebaik sahaja pemain bintang seperti Thierry Henry, Patrick Vieira dan Dennis Bergkamp meninggalk­an kelab.

Ironinya, Henry tidak membantu Wenger minggu lepas apabila beliau menjelaska­n beliau berminat untuk menggantik­an Wenger.

“Jika anda menyukai satu tempat dan mereka bertanya – saya ulangi, mereka bertanya – untuk bantuan, anda sentiasa akan berkata ‘ya’,” kata Henry.

Wenger sudah melihat kuasa beliau sudah berkuranga­n dengan pelantikan Raul Sanllehi dari Barcelona sebagai ketua operasi bola sepak dan ketua pencari bakat baharu, Sven Mislintat dari Borussia Dortmund.

Namun beliau dikatakan memberitah­u kakitangan kejurulati­hannya di mana beliau akan menolak sebarang cubaan untuk bersetuju meninggalk­an kelab pada akhir musim, berke- mungkinan memaksa pemilik kelab, Stan Kroenke memecatnya.

Wenger mempunyai baki kontrak setahun tetapi ia sukar untuk mempercaya­i beliau akan dibenarkan meninggalk­an kelab apabila tamat kontrak jika Arsenal gagal layak ke Liga JuaraJuara sekali lagi.

Satu-satu peluang kejuaraan yang ada buat Arsenal musim ini dan kembali ke Liga Juara-Juara ialah memenangi Liga Europa, dengan perlawanan pertama pusingan 16 akhir menentang Milan di San Siro hari ini.

Wenger menyedari bahawa walaupun status mereka sebagai salah sebuah pasukan gergasi bola sepak Eropah, Milan – yang berada di tangga ketujuh Serie A Itali – juga tidak beraksi dengan baik seperti Arsenal musim ini. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia