Utusan Borneo (Sarawak)

Vettel catat masa terpantas pada sesi uji pandu di Litar Catalunya, Barcelona

-

M O N T M E L O , Sepanyol: Pemandu pasukan Ferrari, Sebastian Vettel, mencatat masa terpantas pada sesi uji pandu Formula Satu ( F1) Selasa lepas ketika cuaca lebih panas menyambut pemandu di Barcelona ekoran sesi ketika salji minggu lepas.

Vettel, juara dunia empat kali, mencipta masa satu minit 20.396 saat di Litar Catalunya, lebih pantas berbanding Valtteri Bottas dari Mercedes dan Max Verstappen dari Red Bull di tempat ketiga.

“Ia sesi yang sangat baik,” kata Vettel selepas melakukan 171 pusingan, jum- lah paling banyak berbanding manamana 13 pemandu yang melakukan uji pandu dalam litar.

“Kami berjaya menjalanka­n program kami walaupun jika keadaan ideal kerana angin agak kuat.”

Juara dunia, Lewis Hamilton dari pasukan Mercedes, hanya menduduki tempat keempat, kurang 0.412 saat ketika semua pasukan mengambil sepenuh peluang dengan cuaca cerah untuk melakukan 1,137 pusingan.

“Ia adalah hari yang baik,” kata Hamilton. “Kami melakukan segalagala yang diperlukan dan mendapatka­n jarak yang bagus untuk kereta – ia sesi produktif.

“Cabaran terbesar yang kami hadapi hari ini ialah untuk menyesuaik­an tayar dengan permukaan baharu litar di sini.”

Pasukan McLaren b a g a i m a n a p u n mengharung­i sesi sukar selepas pemandunya, Stoffel Vandoorne gagal meneruskan sesi selepas empat pusingan pada sesi pagi apabila keretanya mengalami masalah elektrik.

Musim baharu 2018 akan bermula di Grand Prix Australia di Melbourne pada 25 Mac ini. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia