Utusan Borneo (Sarawak)

Vikings Futsal Stadium tawar promosi istimewa sempena Hari Futsal Sedunia

-

KUCHING: Sempena sambutan Hari Futsal Sedunia, Vikings Futsal Stadium memperkena­lkan promosi istimewa kepada pelanggan pada bulan Mac.

Bermula 5 Mac, pusat futsal terkemuka di bandaraya Kuching itu memperkena­lkan tawaran ‘Student Rates Off Peak Special’ di mana RM35 sahaja dikenakan setiap hari semasa ‘off peak’ kepada pelajar-pelajar yang menunjukka­n lima kad pelajar sebelum bermain.

Selain itu, Vikings Futsal Stadium turut memperkena­lkan ‘Monday Blues’ pada setiap hari Isnin, dengan kadar sewa dikenakan sebanyak RM50 selepas jam 6 petang.

Manakala tawaran ‘Legends Night’ dan ‘Youth Special’ pada setiap Selasa untuk pemain-pemain berusia 37 tahun ke atas dan juga bawah 23 tahun yang menunjukka­n kad pengenalan mereka di kaunter di mana mereka cuma perlu membayar RM50 sejam selepas jam 6 petang.

Tawaran lain termasuk ‘Ladies Night’ untuk wanita pada setiap Rabu dan Ahad dengan pelanggan cuma perlu membayar RM35 sejam, minimum lima orang wanita bermain pada waktu puncak.

Ia termasuk tawaran ‘Friday Night Fever’ setiap Khamis kepada semua pelanggan yang menempah gelanggang selepas jam 6 petang dan hanya perlu membayar RM55 sejam.

Bagi yang ingin beriadah bersama keluarga haru merebut tawaran ‘Family Day Futsal’ pada setiap Ahad dengan bayaran RM40 untuk tempahan pada jam 1 hingga 6 petang dengan promosi khas untuk minimum dua orang kanak-kanak dan dua dewasa dalam satu pasukan semasa bermain.

Selain harga istimewa, latihan pengenalan sukan ‘dodgeball’ oleh Persatuan Dodgeball Negeri Sarawak (SDAS) juga diadakan pada setiap Rabu, dari jam 8 hingga 10.30 malam setiap Rabu dan terbuka kepada mana-mana individu berminat untuk melibatkan diri dalam sukan dodgeball.

Untuk tempahan atau pertanyaan, sila hubungi talian 082- 642217, 016- 8767682 atau melayari laman Facebook www.facebook.com/VFStadium.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia