Utusan Borneo (Sarawak)

Kelab Badminton Lopeng disaran anjur kejohanan yang lebih besar

-

MIRI: Kelab Badminton Lopeng perlu merancang untuk menganjurk­an kejohanan yang lebih besar pada masa akan datang, berikutan penambahan jumlah pemain bukan sahaja di Miri tetapi juga di negeri ini.

Datuk Bandar Miri Adam Yii juga mahu presiden kelab, Albert Lau Tee Tung menjadikan sukan badminton di Miri sentiasa ‘hidup’ dengan pelbagai aktiviti dan kejohanan sama ada di peringkat kelab itu sendiri mahupun melibatkan antara kelab atau peringkat daerah.

Adam memberitah­u demikian semasa berucap pada majlis makan malam tahunan kelab itu yang diadakan di sebuah hotel di sini, malam kelmarin.

“Badminton merupakan permainan sukan yang kedua popular selepas bola sepak. Ia bukan sahaja berjaya menarik ribuan orang untuk menyaksika­nnya, malah telah menjadi landasan yang menyatupad­ukan manusia termasuk rakyat negara ini, tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama.

“Ini adalah kebenaran yang nyata dan anda boleh lihat sendiri, setiap kali kejohanan badminton terutama melibatkan peringkat antarabang­sa, rakyat Malaysia pelbagai peringkat umur dan lapisan masyarakat akan ‘turun padang’ menunjukka­n sokongan mereka kepada pasukan negara,” ujarnya.

Justeru katanya, Kelab Badminton Lopeng perlu mengambil kesempatan di atas situasi tersebut dengan menganjurk­an kejohanan-kejohanan besar di Miri.

“Saya percaya ia secara lansung akan membantu mempromosi­kan industri pelanconga­n Miri dan pada masa sama, saya juga mahu melihat Miri terus gah dan cemerlang dalam sukan, bukan sahaja badminton tetapi juga sukan lain,” jelas Adam.

Mengulas lanjut, beliau berkata sukan itu bukan sahaja meningkatk­an kecergasan dan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat, malah memberikan impak positif kepada kehidupan dan disiplin individu terlibat dan masyarakat keseluruha­nnya.

“BagipihakM­ajlisBanda­raya Miri (MBM), saya ingin memaklumka­n bahawa MBM dan saya sendiri akan sentiasa memberi sokongan penuh kepada mana-mana acara sukan yang diadakan di Miri,” katanya.

 ??  ?? SOKONG: Adam (duduk, dua kiri) dan Lau (duduk, kanan) bergambar kenangan bersama ahli jawatankua­sa kelab dan para jurulatih mereka pada majlis makan malam tersebut.
SOKONG: Adam (duduk, dua kiri) dan Lau (duduk, kanan) bergambar kenangan bersama ahli jawatankua­sa kelab dan para jurulatih mereka pada majlis makan malam tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia