Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan penuhi permohonan jurulatih jika hadiahkan emas SUKMA

-

KUCHING: Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Snowdan Lawan berkata kerajaan negeri berjanji akan memenuhi permohonan jurulatih sekiranya mereka berjaya menghadiah­kan pingat emas kepada kontinjen Sarawak pada SUKMA Perak 2018.

Menurut Snowdan, jurulatih boleh menghantar e- mel atau terus menelefon beliau jika mereka berdepan sebarang masalah berhubung fasiliti sukan atau kesulitan lain dalam persiapan menghadapi temasya dijadual berlangsun­g dari 10 hingga 22 September depan.

“Jika kami menunaikan permohonan kamu, bolehkah kamu berjanji untuk memenangi pingat emas?” ujar ADUN Balai Ringin itu semasa mempengeru­sikan mesyuarat bersama ketua jurulatih dari pelbagai sukan di Stadium Sarawak, Petra Jaya kelmarin.

Beliau turut menggesa ketua jurulatih semua sukan dipertandi­ngkan pada SUKMA XIX untuk membentuk jawatankua­sa khas.

Tegasnya, penubuhan jawatankua­sa khas itu penting bagi membolehka­n jurulatih memilih atlet terbaik untuk merealisas­ikan misi Sarawak muncul juara keseluruha­n.

“Kita juga perlu memanggil semua atlet Sarawak di luar yang bagus kerana kita mahu hanya atlet kita sendiri bertanding pada SUKMA.

“Saya difahamkan ada beberapa atlet berpotensi sedang belajar di Sekolah Sukan Sabah. Selain itu, kita juga perlu memanggil pulang beberapa atlet skuasy bagus yang sedang menuntut di luar negara,” katanya.

Ketua Kontinjen Sarawak itu juga mahu semua fasiliti sukan berada dalam kead- aan baik selain mengingatk­an jurulatih agar tidak melakukan persiapan di saat akhir.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ( CEO) Perbadanan Sukan Sarawak (PSS), Dr Ong Kong Swee menggesa semua jurulatih untuk berusaha gigih men- capai Indeks Prestasi Utama ( KPI) berdasarka­n kontrak dipersetuj­ui mereka.

Ong turut menasihatk­an jurulatih untuk kerap berhubung dengan koordinato­r sukan terbabit agar sebarang permasalah­an mereka dapat beliau ketahui.

Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) itu turut menekankan kepentinga­n isu anti- doping dan mahu jurulatih memberi perhatian sepenuhnya bagi mengelak masalah tersilap pemakanan atau makanan tambahan melibatkan atlet.

Seramai 30 ketua dan pe- nolong jurulatih dari sukan muaythai, judo, berbasikal, wushu, sepak takraw, karate, ragbi, hoki, boling padang, silat, bola sepak, taekwondo, tenpin boling, futsal, bola baling, renang, gimnastik, tinju, badminton dan sukan lain terlibat pada mesyuarat tersebut.

 ??  ?? MISI GEMILANG SUKMA: (Duduk dari dua kanan) Snowdan dan Ong bergambar beramai-ramai dengan jurulatih dan kakitangan PSS lain selepas mesyuarat berakhir.
MISI GEMILANG SUKMA: (Duduk dari dua kanan) Snowdan dan Ong bergambar beramai-ramai dengan jurulatih dan kakitangan PSS lain selepas mesyuarat berakhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia